Wednesday 16 February 2011

Anak Indigo

Beberapa hari lepas saya ada terbaca kisah anak indigo di dalam satu buku. Apa itu anak indigo? Saya tak pernah dengar sebelum ini, lalu saya 'search' di google untuk mengetahui lebih lanjut tentang anak indigo ini, maka keluarkan berderet laman sesawang yang menceritakan tentang anak indigo ini. Anak indigo ini digambarkan sebagai anak yang istimewa kerana ia mempunyai kebolehan berbanding anak-anak biasa. Apakah keistimewaan anak indigo ini? Saya tidak boleh senaraikan keistimewaan anak indigo ini, kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah buat kajiselidik, cari maklumat tentangnya dalam mana-mana laman sesawang atau buku.

Istilah anak indigo ini diambil dari warna cakra mata ketiga (third eye) yang berwarna indigo. Kenapa cakra mata ketiga? Apakah hubungkait antara anak indigo dan cakra mata ketiga. Bagi orang yang mengetahui tentang sistem aura dan cakra manusia pasti tahu tentang kehebatan mata ketiga ini, ianya berkaitan dengan kebolehan manusia, ada yang menyebut kebolehan psikik, pancaindera keenam atau esp (extra sensory perception). Apabila cakra mata ketiga telah terbuka, maka seseorang itu akan mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu yang ghaib. Ini bermakna anak indigo mempunyai kebolehan seperti itu. wallahuallam.