Sunday 30 November 2008

Butik Perkahwinan Lestari




Saturday 22 November 2008

Kenapa Vampire Takut Kepada Matahari?

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita selalu menonton cerita hantu cina yang suka melompat-lompat dan apabila dilekatkan kertas kuning yang ditulis mentera ia berhenti. Kita juga biasa menonton cerita vampire dalam versi orang putih. Tidak kurang juga cerita-cerita hantu melayu, indonesia dan siam. Sekarang ini terdapat pula hantu jepun dan korea. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak bertutur dalam bahasa yang sama tetapi mereka mempunyai persamaan iaitu mereka semua takut pada cahaya matahari. Kenapa mereka takut pada matahari?

Hantu atau vampire sebenarnya tidak takut pada cahaya matahari. Apa yang mereka takut sebenarnya ialah gelombang ultra violet yang terdapat dalam cahaya matahari itu. Seperti yang kita maklum bahawa cahaya matahari mempunyai 7 warna yang dapat dilihat apabila berlaku pembiasan seperti ketika selepas hujan. Tapi ada dua warna lagi yang kita tidak dapat lihat iaitu ultra violet dan infra red. Ultra violet mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari violet dan infra red mempunyai frekuensi yang lebih rendah dari merah, kedua-dua warna ini tidak sesuai untuk badan manusia.

Menurut ahli sains barat yang mengkaji tentang tenaga, semua objek didunia ini adalah terdiri dari tenaga seperti manusia yang mempunyai medan tenaga iaitu aura. Hantu juga adalah tenaga dan mereka biasa menggelarnya tenaga negatif. Ahli-ahli sains barat telah mencipta satu alat yang dapat mengesan kehadiran hantu-hantu ini dan kita dapat lihatnya didalam filem 'Ghost Buster'. Sekarang ini terdapat kumpulan-kumpulan yang suka memburu hantu yang menggelarkan diri mereka sebagai entiti. Di Malaysia juga ada beberapa kumpulan seperti ini.

Sekarang ini penerbit filem barat tidak lagi menggunakan matahari untuk memusnahkan vampire didalam cerita-cerita keluaran mereka sebaliknya menggunakan peluru ultra violet seperti didalam filem 'Blade'. Oleh kerana hantu-hantu ini adalah tenaga jadi mereka hanya takut kepada tenaga yang mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari mereka kerana tenaga ini boleh memusnahkan mereka.

Didalam islam kita telah mengetahui bahawa syaitan, iblis dan jin takut dengan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ia adalah kalimah Allah s.w.t. Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran juga mempunyai frekuensi yang tinggi. Syaitan, iblis dan jin telah diciptakan daripada api dan api itu adalah haba dan haba itu adalah tenaga yang mempunyai frekuensi. Oleh kerana frekuensi ayat-ayat Al-Quran lebih tinggi dari frekuensi syaitan, iblis dan jin maka mereka semua takut pada ayat-ayat Al-Quran.

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan

Didalam badan manusia terdapat 7 warna aura yang mewakili 7 cakra. Cakra yang pertama terletak di ubun-ubun yang berwarna violet. Cakra kedua ialah 3rd eye yg terletak di antara 2 mata yg berwarna ungu. Cakra ketiga terletak di tenggorok yang berwarna biru. Cakra ke4 terletak didada yang berwarna hijau. Cakra ke5 iaitu solar plexus terletak di perut berwarna kuning. Cakra ke6 terletak 2 inci bawah pusat iaitu sacral yang berwarna jingga dan cakra ke7 terletak di tulang punggung yang berwarna merah. Setiap cakra ini mempunyai fungsi tersendiri yang mempunyai hubungkait dengan tahap kesihatan manusia samaada dari segi fizikal atau metafizik.

Apabila berlaku ketidak seimbangan warna cakra tersebut maka akan terjadi penyakit. Pada asalnya gangguan warna tersebut akan menghasilkan penyakit metafizik tetapi lama kelamaan ia mewujudkan penyakit fizikal. Untuk menstabilkan semula gangguan tersebut, warna telah digunakan sebagai satu kaedah yang diwarisi dari zaman nenek moyang lagi. Orang zaman dahulu memang telah mempraktikan kaedah terapi ini yang dipanggil 'Colour Vibration Therapy'. Kini kaedah ini makin popular diseluruh dunia kerana ia telah dibuktikan secara saintifik.

Kita biasa mendengar atau melihat 'kaedah mandi bunga'. Mandi bunga dilakukan oleh orang-orang yang lambat mendapat jodoh kerana dikatakan tiada seri wajah. Jadi untuk menaikkan seri itu, dinasihatkan supaya seseorang itu mandi 7 jenis bunga yang berlainan warna dan seelok-eloknya mandi waktu bulan mengambang. Ada orang menganggap perkara ini sebagai karut dan boleh menyesatkan. Namun sebenarnya ia bertujuan untuk menstabilkan balik gangguan aura pada tubuh manusia. 7 jenis warna bunga digunakan kerana dalam badan manusia mempunyai 7 warna aura dan tujuan mandi diwaktu bulan mengambang ialah kerana untuk mengambil getaran energi dari cahaya bulan yang diperlukan oleh tubuh.

Kita juga biasa melihat orang-orang tua meletakkan nila dileher apabila terkena beguk. Kenapa nila digunakan? Sebenarnya bukan nila yang menjadi ubat tetapi warna biru pada nila itu yang menjadi ubat. Kenapa warna biru? ini kerana dileher kita ada 'troat chakra' yang warnanya adalah biru. Sakit beguk terjadi disebabkan warna biru dicakra itu tidak stabil, untuk menstabilkannya warna biru digunakan. Jadi kalau kena beguk kita tidak payah mencari nila, cukup dengan melilitkan kain berwarna biru sahaja.

Contoh lain yang biasa kita lihat ialah apabila orang berkahwin selalunya pengantin perempuan akan memakai inai ditangan. Tujuan memakai inai bukan hanya adat tetapi ia bertujuan untuk meransang sistem peranakan agar subur dan cepat mendapat anak. Warna inai yang seperti jingga akan meransang cakra sacral yang terletak disistem peranakan dimana warna cakra itu juga jingga. Dengan cara ini diharap pengantin bakal mendapat anak.

Satu lagi contoh ialah apabila orang lepas bersalin dan berada didalam pantang, selalunya mereka akan menyapu kunyit diperut atau minum air kunyit untuk menyembuhkan luka lepas bersalin atau untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang. Warna kuning kunyit itu sebenarnya akan meransang cakra solar plexus yang terletak dibahagian perut yang mana cakra solar plexus itu juga berwarna kuning. Tujuan supaya luka-luka yang ada dibahagian perut cepat sembuh dan mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Itu adalah diantara beberapa contoh yang biasa kita lihat dan dengar tentang penggunaan warna untuk kesihatan tubuh badan. Namun untuk mendapatkan warna-warna aura tersebut, kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti batu kristal, cahaya matahari, warna bunga, reiki dan kita juga boleh mendapatkannya melalui pemakanan dan minuman.



Tuesday 18 November 2008

Sijil Master Reiki


Alhamdulillah..... semalam aku mendapat sijil sebagai Master Reiki..... setelah melalui 3 kali proses 'attunement'..... ini kali ketiga aku mendapat 'attunment' reiki.... pertama ketika belajar reiki dengan mastershifoo di Shah Alam...... kedua mendapat free 'attunement' dari internet tapi tak dapat sijil .... dan ini kali ketiga, juga dari internet.... masa tengah cari maklumat pasal reiki di internet.... aku terjumpa laman web Rosita Tanza..... dia ada offer 'attunement'.... jadi aku hantar email kat dia minta buat 'attunement' ..... oleh kerana aku dah belajar reiki jadi tak apalah kalau dapat 'attunement' sahaja..... aku nasihatkan pada sesiapa yang berminat nak belajar reiki.... elok kalau belajar dengan orang yang bertauliah dan mesti hadir ke kelas..... kalau setakat baca buku sahaja tidak menjadi..... selepas melalui proses 'attunement'... barulah reiki boleh dipraktikkan...... 'attunement' ni macam proses pengijazahan.... guru yg memberi 'attunement' akan membuka jalur2 & cakra2 didalam badan agar dapat menerima energi reiki..... lepas itu barulah kita dapat menggunakan energi ini untuk penyembuhan.....

Sunday 16 November 2008

MEDITASI


Meditasi merupakan suatu teknik yang dapat merehatkan minda, menjana tenaga dalaman, meningkatkan kuasa minda, menajamkan deria, meningkatkan tahap kesihatan dan yang paling utama mengimbangi tenaga dalam minda, tubuh dan kerohanian. Teknik meditasi yang sempurna akan mengurangkan stress atau tekanan emosi, mental dan tubuh fizikal. Ia juga dikatakan dapat menjadi penawar dalaman bagi apa juga permasalahan emosi, mental dan penyakit. Ia telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di dalam budaya timur. Dalam Islam, teknik meditasi bolehlah disamakan dengan bertafakur atau berzikir.

Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress di atasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna. - dipetik dari tulisan mastershifoo.

Sunday 9 November 2008

Law of Attraction (hukum tarikan)

Menurut law of attraction @ hukum tarikan.......setiap apa yang kita fikir akan menarik kepada kita... bermakna jika kita berfikiran positif..... gelombang otak akan mengeluarkan tenaga positif dan akan menarik semua perkara yang positif dan sebaliknya berlaku.... jika kita berfikiran negatif...... gelombang otak akan mengeluarkan tenaga negatif dan akan menarik semua yang negatif sahaja..... sebagai contoh apabila kita sedang marah atau dalam keadaan 'mood' yang tidak elok.... semua perkara yang kita buat, tidak akan menjadi atau kita merasa susah untuk melaksanakan..... jadi haruslah kita sentiasa berfikiran positif.... agar kita dapat melaksanakan sesuatu perkara itu dengan jayanya.

Thursday 6 November 2008

Apa itu Aura?

Sebut sahaja aura, pasti ramai akan teringat pada Aura Mawi. Tak dinafikan bahawa Aura Mawi memang hebat, hinggakan ramai orang tahu perkataan aura. Tapi tidak ramai yang tahu makna aura yang sebenarnya, mereka hanya tahu menggunakan perkataan itu sahaja.

Aura ialah medan elektromagnet yang terbentuk diluar badan manusia. Ia seperti perisai halus yang menyelubungi diri manusia tetapi ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aura hanya dapat dilihat menggunakan kamera Kirlian. Tetapi ada juga orang yang boleh melihat aura setelah melalui perlatihan yang betul. Bagaimana aura ini terbentuk? Aura terbentuk kerana badan manusia mempunyai getaran gelombang didalamnya. Getaran gelombang ini datangnya daripada cahaya matahari yang masuk kedalam badan manusia melalui antena tubuh iaitu bulu roma dan kemudian ia diserap kedalam sistem chakra manusia. Gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza melalui perbezaan warna seperti warna pelangi.

Aura ini mempunyai tujuh lapisan dan warna yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh menunjukkan keadaan kesihatan, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang itu. Jadi setiap seseorang akan mempunyai warna aura yang berbeza dan ia boleh berubah2 mengikut keadaan seseorang itu. Aura ini umpama perisai yang melindungi seseorang itu daripada getaran tenaga negatif yang berada disekeliling yang mana gelombang tenaga negatif tadi boleh merosakkan sel-sel seseorang itu.

Aura tidak hanya terdapat pada manusia tetapi ia juga terdapat pada binatang, pokok, batu & kayu. Ini kerana binatang, pokok, batu & kayu juga mendapat sumber tenaganya daripada matahari.

nota: sumber rujukan dari buku Aura Penyembuhan Reiki

Tuesday 4 November 2008

Sejarah Reiki

Reiki telah diasaskan oleh Dr. Mikao Usui @ Usui Sensei pada tahun 1922. Sebetulnya Reiki telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lampau tetapi ketika itu ia tidak dikenali sebagai Reiki tetapi ia lebih dikenali sebagai tenaga Prana atau 'Universal Life Force Energy'. Selain itu Reiki juga mempunyai maksud yang sama dengan Chi atau Qi dan didalam islam ia lebih dikenali sebagai Baraqah atau Tenaga Ilahiah. Perkataan Reiki mula digunakan oleh pelajar-pelajar Dr. Mikao Usui setelah kematian beliau.
Sebelum menemui tenaga Reiki, Dr. Usui telah melakukan pertapaan selama 21 hari di sebuah tempat yang dianggap suci iaitu Gunung Kuramayama. Selepas 21 hari bertapa di gunung itu, Dr. Usui tidak menemui apa-apa jawapan sehingga beliau merasa kecewa. Lalu beliau bangun dari pertapaan dan melihat ke langit yang ketika itu masih dinihari. Tiba-tiba beliau melihat ada bebola cahaya datang menuju kearahnya dan melanggar dahinya, lalu beliau rebah dan pengsan. Sewaktu tidak sedarkan diri itu, beliau melihat ada banyak bebola cahaya yang indah dan terdapat simbol didalamnya. Beliau mula faham tentang maksud simbol tersebut serta tentang hakikat penyembuhan. Beliau sedar bahawa segala pencariannya selama ini telah menemui jawapannya.
Ketika beliau terjaga, hari telahpun siang, lalu beliau bergegas untuk pulang. Semasa dalam perjalanan pulang beliau telah terlanggar batu dan terjatuh, kakinya telah mengalami luka. Dengan gerak hati yang sepontan beliau meletakkan tangannya ditempat luka tersebut, tiba-tiba sahaja darah berhenti mengalir dan luka telah beransur pulih. Lalu beliau meneruskan perjalanan beliau dan ketika sampai di sebuah kampung, beliau terus pergi ke sebuah gerai makan. Tetapi beliau dinasihatkan untuk makan bubur sahaja untuk mengelakkan tubuh dari sakit kerana sudah lama berpuasa tetapi beliau tetap memesan nasi.
Makanan beliau telah disediakan oleh seorang wanita yang sedang menangis, beliau bertanya kepada wanita itu "kenapa menangis?", wanita itu menjawap bahawa dia sedang sakit gigi. Dr. Usui meminta izin untuk memberi pertolongan, beliau meletakkan tangannya dimuka wanita itu, tiba-tiba kesakitan yang dirasai terus hilang. Kemudian beliau terus makan makanan yang dipesan tanpa merasai apa-apa kesan sampingan. Dr. Usui merasa kagum dengan ketiga-tiga pengalaman itu dan menyifatkan bahawa ia adalah satu keajaiban tentang ilmu penyembuhan yang baru diperolehinya.
Dr. Usui telah menemui sahabatnya untuk mencerikan tentang penemuan itu dan sahabatnya telah menasihatkan beliau supaya memberi rawatan kepada pesakit secara menyeluruh bukan hanya tubuh fizikal sahaja. Dr. Usui telah pulang kekampung halamannya dan memberi rawatan kepada sesiapa yang memerlukannya. Setelah bertahun-tahun memberikan rawatan, barulah beliau mula mengajar melalui sebuah persatuan yang diasaskannya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1926 akibat terkena strok dan beliau telah melahirkan seramai 16 orang Reiki Master termasuk Dr. Chujiro Hayashi. Melalui Dr. Hayashi, Reiki telah berkembang diseluruh dunia.

Monday 3 November 2008

Sedikit Tazkiroh

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malang nya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. KataAllah: 'Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah, meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu'. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : 'Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia'. Lalu Allah berfirman lagi: 'Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya'.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mukhaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah ( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar kerana disitu tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar kerana disitu tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah kerana untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris kerana disitu tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon kerana disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina kerana disitu alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India kerana disitu tempat berdiri dan berjalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if kerana disitu tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, airhanyir, angin, dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam 'sifat'.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman 'Jabarut' kemudian diletakkan didalam 'Alam Malakut'.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan 'tubuh Adam' adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah dan dirasmi dengan air hujan 'Barul Uluhiyah'.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air 'Kudral-Izzah-Nya' iaitu sifat 'Jalan dan Jammal'. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika ia diperintah masuk kedalam tubuh Adam ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam tetapi warna kukunya adalah sama iaitu putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang dibawah badan. Tujuh buah liang di kepala ialah dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan satu liang mulut. Dua liang dibawah badan ialah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera iaitu mata sebagai alat penglihatan, hidung sebagai alat penciuman, telinga sebagai alat pendengaran, mulut sebagai alat perasa manis, masin dan sebagainya serta kulit dan telapak tangan sebagai alat merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu ia masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya, seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: 'Yarkhamukallah' yang ertinya: 'semoga engkau diberi rahmat Allah'. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan dan sunat mengucap 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya pula sunat mengucapkan 'Yarkhamukallah' . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : 'Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa'. (Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
RENUNGAN : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan. Wallahualam. ..

REIKI - Kaedah Penyembuhan Tenaga Alam


Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi atau tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

Reiki tidak sahaja menyembuhkan secara fizikal malah ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan dapat menyembuhkan dari segi emosi, minda dan 'spiritual'. Antara manfaat Reiki adalah membantu menyembuhkan penyakit fizikal, mengurangi stress, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menyembuhkan binatang yang sakit, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.

Saturday 1 November 2008

Rahsia Tarikh Lahir

Artikel ini dipetik dari blog mastershifoo.wordpress.com
Salamunamaste…

Setiap kita memiliki Rahsia unik disebalik tarikh kelahiran kita. Takdir kelahiran kita ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke sistem alam yang sedia pada kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri. Banyak kaedah untuk membongkar rahsianya. Ada yang berlatar-belakangkan ilmu falaq, i-ching, astronomi, astrologi dan sebagainya.

Membongkar RAHSIA ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Bukan menilik nasib, namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.

BUAT PEMBACA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN “LAPORAN ANALISIS TARIKH LAHIR” ANDA.. ANDA BOLEH MELAYARI BLOK : mastershifoo.wordpress.com.