Saturday 22 November 2008

Kenapa Vampire Takut Kepada Matahari?

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita selalu menonton cerita hantu cina yang suka melompat-lompat dan apabila dilekatkan kertas kuning yang ditulis mentera ia berhenti. Kita juga biasa menonton cerita vampire dalam versi orang putih. Tidak kurang juga cerita-cerita hantu melayu, indonesia dan siam. Sekarang ini terdapat pula hantu jepun dan korea. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak bertutur dalam bahasa yang sama tetapi mereka mempunyai persamaan iaitu mereka semua takut pada cahaya matahari. Kenapa mereka takut pada matahari?

Hantu atau vampire sebenarnya tidak takut pada cahaya matahari. Apa yang mereka takut sebenarnya ialah gelombang ultra violet yang terdapat dalam cahaya matahari itu. Seperti yang kita maklum bahawa cahaya matahari mempunyai 7 warna yang dapat dilihat apabila berlaku pembiasan seperti ketika selepas hujan. Tapi ada dua warna lagi yang kita tidak dapat lihat iaitu ultra violet dan infra red. Ultra violet mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari violet dan infra red mempunyai frekuensi yang lebih rendah dari merah, kedua-dua warna ini tidak sesuai untuk badan manusia.

Menurut ahli sains barat yang mengkaji tentang tenaga, semua objek didunia ini adalah terdiri dari tenaga seperti manusia yang mempunyai medan tenaga iaitu aura. Hantu juga adalah tenaga dan mereka biasa menggelarnya tenaga negatif. Ahli-ahli sains barat telah mencipta satu alat yang dapat mengesan kehadiran hantu-hantu ini dan kita dapat lihatnya didalam filem 'Ghost Buster'. Sekarang ini terdapat kumpulan-kumpulan yang suka memburu hantu yang menggelarkan diri mereka sebagai entiti. Di Malaysia juga ada beberapa kumpulan seperti ini.

Sekarang ini penerbit filem barat tidak lagi menggunakan matahari untuk memusnahkan vampire didalam cerita-cerita keluaran mereka sebaliknya menggunakan peluru ultra violet seperti didalam filem 'Blade'. Oleh kerana hantu-hantu ini adalah tenaga jadi mereka hanya takut kepada tenaga yang mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari mereka kerana tenaga ini boleh memusnahkan mereka.

Didalam islam kita telah mengetahui bahawa syaitan, iblis dan jin takut dengan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ia adalah kalimah Allah s.w.t. Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran juga mempunyai frekuensi yang tinggi. Syaitan, iblis dan jin telah diciptakan daripada api dan api itu adalah haba dan haba itu adalah tenaga yang mempunyai frekuensi. Oleh kerana frekuensi ayat-ayat Al-Quran lebih tinggi dari frekuensi syaitan, iblis dan jin maka mereka semua takut pada ayat-ayat Al-Quran.

1 comment:

infogue said...

Artikel anda:

http://shocking-aneh.infogue.com/
http://shocking-aneh.infogue.com/kenapa_vampire_takut_kepada_matahari_

promosikan artikel anda di infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema untuk para netter Indonesia. Salam!