Saturday 22 November 2008

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan

Didalam badan manusia terdapat 7 warna aura yang mewakili 7 cakra. Cakra yang pertama terletak di ubun-ubun yang berwarna violet. Cakra kedua ialah 3rd eye yg terletak di antara 2 mata yg berwarna ungu. Cakra ketiga terletak di tenggorok yang berwarna biru. Cakra ke4 terletak didada yang berwarna hijau. Cakra ke5 iaitu solar plexus terletak di perut berwarna kuning. Cakra ke6 terletak 2 inci bawah pusat iaitu sacral yang berwarna jingga dan cakra ke7 terletak di tulang punggung yang berwarna merah. Setiap cakra ini mempunyai fungsi tersendiri yang mempunyai hubungkait dengan tahap kesihatan manusia samaada dari segi fizikal atau metafizik.

Apabila berlaku ketidak seimbangan warna cakra tersebut maka akan terjadi penyakit. Pada asalnya gangguan warna tersebut akan menghasilkan penyakit metafizik tetapi lama kelamaan ia mewujudkan penyakit fizikal. Untuk menstabilkan semula gangguan tersebut, warna telah digunakan sebagai satu kaedah yang diwarisi dari zaman nenek moyang lagi. Orang zaman dahulu memang telah mempraktikan kaedah terapi ini yang dipanggil 'Colour Vibration Therapy'. Kini kaedah ini makin popular diseluruh dunia kerana ia telah dibuktikan secara saintifik.

Kita biasa mendengar atau melihat 'kaedah mandi bunga'. Mandi bunga dilakukan oleh orang-orang yang lambat mendapat jodoh kerana dikatakan tiada seri wajah. Jadi untuk menaikkan seri itu, dinasihatkan supaya seseorang itu mandi 7 jenis bunga yang berlainan warna dan seelok-eloknya mandi waktu bulan mengambang. Ada orang menganggap perkara ini sebagai karut dan boleh menyesatkan. Namun sebenarnya ia bertujuan untuk menstabilkan balik gangguan aura pada tubuh manusia. 7 jenis warna bunga digunakan kerana dalam badan manusia mempunyai 7 warna aura dan tujuan mandi diwaktu bulan mengambang ialah kerana untuk mengambil getaran energi dari cahaya bulan yang diperlukan oleh tubuh.

Kita juga biasa melihat orang-orang tua meletakkan nila dileher apabila terkena beguk. Kenapa nila digunakan? Sebenarnya bukan nila yang menjadi ubat tetapi warna biru pada nila itu yang menjadi ubat. Kenapa warna biru? ini kerana dileher kita ada 'troat chakra' yang warnanya adalah biru. Sakit beguk terjadi disebabkan warna biru dicakra itu tidak stabil, untuk menstabilkannya warna biru digunakan. Jadi kalau kena beguk kita tidak payah mencari nila, cukup dengan melilitkan kain berwarna biru sahaja.

Contoh lain yang biasa kita lihat ialah apabila orang berkahwin selalunya pengantin perempuan akan memakai inai ditangan. Tujuan memakai inai bukan hanya adat tetapi ia bertujuan untuk meransang sistem peranakan agar subur dan cepat mendapat anak. Warna inai yang seperti jingga akan meransang cakra sacral yang terletak disistem peranakan dimana warna cakra itu juga jingga. Dengan cara ini diharap pengantin bakal mendapat anak.

Satu lagi contoh ialah apabila orang lepas bersalin dan berada didalam pantang, selalunya mereka akan menyapu kunyit diperut atau minum air kunyit untuk menyembuhkan luka lepas bersalin atau untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang. Warna kuning kunyit itu sebenarnya akan meransang cakra solar plexus yang terletak dibahagian perut yang mana cakra solar plexus itu juga berwarna kuning. Tujuan supaya luka-luka yang ada dibahagian perut cepat sembuh dan mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Itu adalah diantara beberapa contoh yang biasa kita lihat dan dengar tentang penggunaan warna untuk kesihatan tubuh badan. Namun untuk mendapatkan warna-warna aura tersebut, kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti batu kristal, cahaya matahari, warna bunga, reiki dan kita juga boleh mendapatkannya melalui pemakanan dan minuman.



3 comments:

yonghaslina said...

cakeravwarna ke 4-HIJAU yg terletak di dada... ni yg menarik...
warna ini terletak di dada majoriti rakyat Kelantan... hehehe...
-Jeng-

Master Adnin said...

kawe pun sama la.... hahaha.... warna hijau melambangkan ketenangan... sebab itu ia terletak didada...

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Tahniah Adnin atas usaha anda sebarkan reiki pada harga berpatutan

Daripada

Master Reiki Kundalini