Thursday 6 November 2008

Apa itu Aura?

Sebut sahaja aura, pasti ramai akan teringat pada Aura Mawi. Tak dinafikan bahawa Aura Mawi memang hebat, hinggakan ramai orang tahu perkataan aura. Tapi tidak ramai yang tahu makna aura yang sebenarnya, mereka hanya tahu menggunakan perkataan itu sahaja.

Aura ialah medan elektromagnet yang terbentuk diluar badan manusia. Ia seperti perisai halus yang menyelubungi diri manusia tetapi ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aura hanya dapat dilihat menggunakan kamera Kirlian. Tetapi ada juga orang yang boleh melihat aura setelah melalui perlatihan yang betul. Bagaimana aura ini terbentuk? Aura terbentuk kerana badan manusia mempunyai getaran gelombang didalamnya. Getaran gelombang ini datangnya daripada cahaya matahari yang masuk kedalam badan manusia melalui antena tubuh iaitu bulu roma dan kemudian ia diserap kedalam sistem chakra manusia. Gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza melalui perbezaan warna seperti warna pelangi.

Aura ini mempunyai tujuh lapisan dan warna yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh menunjukkan keadaan kesihatan, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang itu. Jadi setiap seseorang akan mempunyai warna aura yang berbeza dan ia boleh berubah2 mengikut keadaan seseorang itu. Aura ini umpama perisai yang melindungi seseorang itu daripada getaran tenaga negatif yang berada disekeliling yang mana gelombang tenaga negatif tadi boleh merosakkan sel-sel seseorang itu.

Aura tidak hanya terdapat pada manusia tetapi ia juga terdapat pada binatang, pokok, batu & kayu. Ini kerana binatang, pokok, batu & kayu juga mendapat sumber tenaganya daripada matahari.

nota: sumber rujukan dari buku Aura Penyembuhan Reiki

No comments: