Tuesday 24 May 2011

Menangkis Pukau Dengan Reiki

Masalah pukau, memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia. Sejak kebelakangan ini makin ramai yang menjadi mangsa pukau. Mangsa pukau ini bukan mengalami kerugian yang sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit.Oleh itu kita semua harus berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga dari serangan pukau ini.

Dilihat secara energi, ilmu pukau adalah suatu proses mengirim energi untuk menganggu aliran energi di cakra solar plexus, hati, tenggorok serta ajna. Cara mengirim energi ini dapat dilakukan melalui sarana (suara) dan pengiriman secara langsung spt melalui mata dan bersentuhan fizikal dan biasanya mangsa yang dipilih adalah yang sedang dalam keadaan letih, lesu, stress dsb. Kerana pengiriman energi lazimnya dilakukan dalam keadaan tidak sedar. Biasanya orang yang berniat hendak melakukan pukau akan berpura-pura baik dan ramah. Dalam hal ini, perlindungan diri dengan sendiri menjadi tidak aktif akibat terkesan dgn sikap baik dan ramah pelaku. Namun dalam Reiki, seberapa hebatpun pelaku berpura-pura tetap juga dapat dikesan. Yang penting, pengamal Reiki harus sentiasa sensitif dengan peringatan yang ditimbulkan oleh energi Reiki.

Cara untuk menangkis pukau dengan Reiki ialah pada masa melakukan self healing, biasakan untuk merasakan aliran energi yang mengalir di tubuh, jangan hanya sekadar meletakkan tangan dan memindahkannya setiap 3 menit. Setelah melakukan self healing secara rutin setiap hari selama 3 atau 4 minggu, maka kita akan dapat membezakan gelombang energi yang mengalir di dalam badan dan yang mengalir di luar badan. Apabila ada seseorang berusaha melakukan pukau pada kita, maka kita akan merasakan suatu gelombang energi yang menekan, seakan ada udara padat yang berusaha mendorong kita serta ada perasaan dingin atau panas yang membuat kita merasa tidak nyaman. Pada saat kita merasa seperti itu, terus berniat untuk membuat perlindungan keseluruh badan kita dengan energi Reiki dan pukau itu tidak menjadi dan gagal.

Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa tidak diniatkan saja agar seluruh badan akan selalu dilindungi dengan energi Reiki? Jawabannya adalah setiap kali kita mengalami stress, letih atau gangguan fizik / mental lainnya, maka energi yang kita niatkan untuk melindungi kita dari gangguan akan secara automatik terserap oleh kita dan perlindungannya terhenti. Oleh itu kita harus sentiasa bersiap-sedia dan berjaga-jaga untuk mengaktifkan energi untuk melindungi diri anda. (sumber : Yayasan Waskita Reiki)

Insyaallah dengan pertolongan Allah swt kita akan terselamat menjadi mangsa pukau, cuma kita sahaja harus berusaha dan reiki adalah salah satu caranya.

Thursday 12 May 2011

Pengijazahan Reiki

Sejak akhir-akhir ini, reiki makin dikenali. Jumlah orang yang belajar dan mendapat attunement reiki juga semakin meningkat. Kalau 5 tahun dulu, ketika mula-mula belajar reiki, agak jarang juga kedengaran orang belajar reiki. Alhamdulillah, reiki semakin makmur di Malaysia mungkin kerana promosinya semakin galak dilakukan oleh Master-Master Reiki di Malaysia.

Untuk belajar reiki dan menjadi pengamal reiki, seseorang itu perlulah melalui proses pengijazahan dahulu. Proses pengijazahan itu dipanggil attunement. Attunement adalah prosedur yang harus dilalui oleh seseorang untuk menjadi pengamal reiki. Attunement hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang bergelar Master Reiki atau Reiki Teacher. Tapi sekadar bergelar Master Reiki, tidak semestinya seseorang itu mempunyai ilmu yang cukup. Seseorang itu mesti melalui sebuah perjalanan waktu yang lama dan tekun mengamalkan reiki baik kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Lebih banyak diamalkan maka lebih banyak pengalaman diperolehi dan ini menjadikan seseorang Master Reiki itu lebih berwibawa. Kebiasaannya, seseorang yang bergelar Reiki Teacher lebih layak untuk mengajar dan memberi attunement reiki sesuai dengan gelarannya iaitu Reiki Teacher.

Attunement atau boleh diistilahkan empowerment ialah pemberian kemampuan atau kekuatan kepada seseorang agar mempunyai kemampuan untuk mengamalkan ilmu ini. Attunement juga bermaksud membuat penyelarasan agar diri seseorang itu selaras dengan energi reiki dan selalu terhubung dengan sumber reiki yang ada di alam semesta ini.

Badan manusia umpama saluran paip yang menyalurkan air. Jadi pengamal reiki adalah media saluran reiki yang masuk ke badannya melalui cakra mahkota dan keluar melalui cakra kedua tapak tangan kanan dan kiri. Sebagai penyalur reiki, badan pengamal reiki harus mampu menerima reiki dengan baik agar energi reiki ini dapat disalurkan ke diri sendiri atau kepada orang lain yang bertindak sebagai penerima. Pusat energi reiki dalam badan manusia disebut cakra. Terdapat 7 cakra utama didalam badan manusia. Cakra didalam badan manusia sebelum dia menjadi pengamal reiki harus dibersihkan, dibuka, diaktifkan dan diseimbangkan.

Bila urusan pembersihan telah selesai maka 7 cakra utama akan dibesarkan melebihi pembukaan pada asalnya. Selanjutnya energi reiki akan mengalir dalam saluran energi dalam badan pengamal reiki. Saluran energi tersebut dipanggil nadi atau meridian. Ketika proses attunement berlangsung Master Reiki atau Reiki Teacher juga menyeimbangkan dan membersihkan nadi dari tersumbat. Membersihkan sekaligus menyeimbangkan cakra adalah dengan menggunakan simbol khas attunement reiki yang telah diberikan pada Reiki Master atau Reiki Teacher.

Proses memberikan attunement adalah seperti seseorang sedang menyelaraskan frekuensi radio dengan sumber pemancar iaitu setelit. Ketika kita baru membeli radio, tentunya kita tidak dapat menggunakan radio tersebut kerana frekuensinya belum lagi diselaraskan. Kita terlebih dahulu perlu menyelaraskan frekuensinya supaya dia dapat digunakan, apabila frekuensinya telah diselaraskan barulah ia dapat digunakan. Begitulah juga dengan Reiki, seseorang itu perlu diselaraskan dahulu energinya agar dapat menerima energi reiki apabila diperlukan kelak.

Apabila seseorang itu telah mendapat attunement reiki maka kemampuan untuk mengakses energi reiki tidak akan hilang, ia kekal selama-lamanya, walaupun ia tidak pernah mengamalkan reiki untuk beberapa tahun lamanya. Apabila ia hendak menggunakan kembali energi reiki, ia hanya perlu mengaktifkan dengan niat dan menyalurkan energi reiki. Cuma apabila tidak menggunakan reiki dalam waktu yang lama, energi reiki ini tidak akan mengalir dengan lancar kerana saluran nadi mungkin tersumbat. Oleh itu pengamal reiki perlu selalu mengamalkan reiki agar energi dapat mengalir dengan lancar. Makin kerap diamalkan maka makin senanglah energi reiki untuk mengalir.

Menjadi pengamal reiki memang mudah namun untuk mengamalkan reiki secara berterusan agak susah bagi kebanyakan orang, jadi terpulang kepada pengamal reiki itu. Kalau diri kita menjadi sihat dengan izin Allah swt kerana mengamalkan reiki setiap hari, jadi tidak salah sekiranya kita selalu mengamalkan reiki dalam kehidupan sehari-hari.

Wednesday 16 February 2011

Anak Indigo

Beberapa hari lepas saya ada terbaca kisah anak indigo di dalam satu buku. Apa itu anak indigo? Saya tak pernah dengar sebelum ini, lalu saya 'search' di google untuk mengetahui lebih lanjut tentang anak indigo ini, maka keluarkan berderet laman sesawang yang menceritakan tentang anak indigo ini. Anak indigo ini digambarkan sebagai anak yang istimewa kerana ia mempunyai kebolehan berbanding anak-anak biasa. Apakah keistimewaan anak indigo ini? Saya tidak boleh senaraikan keistimewaan anak indigo ini, kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah buat kajiselidik, cari maklumat tentangnya dalam mana-mana laman sesawang atau buku.

Istilah anak indigo ini diambil dari warna cakra mata ketiga (third eye) yang berwarna indigo. Kenapa cakra mata ketiga? Apakah hubungkait antara anak indigo dan cakra mata ketiga. Bagi orang yang mengetahui tentang sistem aura dan cakra manusia pasti tahu tentang kehebatan mata ketiga ini, ianya berkaitan dengan kebolehan manusia, ada yang menyebut kebolehan psikik, pancaindera keenam atau esp (extra sensory perception). Apabila cakra mata ketiga telah terbuka, maka seseorang itu akan mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu yang ghaib. Ini bermakna anak indigo mempunyai kebolehan seperti itu. wallahuallam.