Monday 30 November 2009

Akhlak Bermula dari Qalbu

Beruntunglah orang-orang yang memiliki qalbu yang bersih lagi jernih, yang dengan itu hubungannya dengan Allah akan berjalan mulus dan ia dapat menyerap cahaya Allah sebaik-baiknya. Allah s.w.t adalah cahaya langit dan bumi (QS. 24:35) dan Rasulullah s.a.w. sering berdoa:
Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami…(QS. 66:8)
“Ya Allah, jadikanlah pada qalbuku selalu ada cahaya… “.

Ketika cahaya Allah telah terserap kedalam qalbu maka apa yang ada di dalam qalbu akan tumbuh memancar keluar dan berkembang menjadi akhlak yang disebut Akhlak ke-Allah-an.
“Berakhlaklah kalian dengan akhlak Allah…”

Sebaliknya, qalbu yang rosak dan mati akan gagal menyerap cahaya Allah sehingga bibit iman dan sifat-sifat Allah yang ada di dalam qalbu juga mati. Qalbu yang mati akan gagal menjalankan fungsinya:

* Mengendalikan hawa nafsu, dan
* Membentengi diri dari syaitan dan iblis.

Akibatnya syaitan dan iblis dengan berleluasa masuk ke dalam diri dan mengobar-ngobarkan hawa nafsu sehingga muncul dorongan-dorongan biologis kebinatangan. Kalau sudah begitu akhlak yang terbentuk pun merupakan akhlak kebinatangan atau akhlak kesyaitanan.

Dipetik dari www.Qalbu.net

Monday 16 November 2009

Kunci Khusyuk Dalam Sholat

Dalam satu riwayat menerangkan bahawa sebelum sholat subuh, Rasulullah s.a.w mempunyai kebiasaan melakukan istirehat dalam posisi tidur secara mengiring yang disebut qailulah. Kebiasaan ini beliau lakukan pula menjelang sholat zuhur. Relaksasi sebagaimana Rasulullah s.a.w lakukan merupakan hal penting bagi orang yang hendak melakukan sholat kerana sholat merupakan perjalanan rohani menuju Allah s.w.t sehingga diperlukan persiapan yang serius namun secara tenang.


Sholat berbeza dengan olahraga kerana sholat sepenuhnya bersifat terapi, baik fizikal mahupun rohani. Gerakan tubuh pada waktu sholat tidak dilakukan dengan hentakan atau gerakan keras seperti orang bersukan akan tetapi gerakan sholat dilakukan dengan rileks dan pengendoran tubuh secara alamiah seperti gerakan orang ketika bangun tidur. Orang yang melakukan tai chi pun melakukan gerakan yang telah di pola mengikuti alur tubuh secara alami. Tuma’ninah didalam sholat adalah jelas sekali merupakan aspek didalam meditasi. Ketika berdiri (benar-benar berdiri) bukan berdiri seperti orang melakukan latihan karate tetapi berdirilah dengan tenang dan kendor agar seluruh organ tubuh berada dalam posisinya secara alami. Seolah-olah ketika anda berdiri di tepi pantai melihat pemandangan yang indah, melihat debur ombak bergulungan menghampiri sampai menyentuh kaki anda. Ketika itu tubuh anda sangat rileks, seluruh organ tubuh menempati posisinya. Anda berdiri nyaman dan santai seperti berdirinya kanak-kanak kecil, tidak seperti berdirinya orang dewasa yang terlihat kaku dan terpola oleh fikirannya kerana menganggap jika berdiri seharusnya tegap seperti tentera. Postur tubuh orang dewasa inilah yang membuat orang mudah merasa stress kerana berdiri tidak secara alami. Ramai doktor berpendapat bahawa penyakit-penyakit moden yang wujud saat ini adalah kerana disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang dalam menghadapi stress.

Kebanyakan dari kita telah lupa tentang bagaimana caranya untuk rileks. Padahal kita mengetahuinya secara naluri ketika masih bayi namun perlahan-lahan melupakannya ketika kita menjadi dewasa. Sementara itu gaya hidup moden yang memerlukan semuanya pantas telah membuat kita keletihan dan stress. Oleh itu kita perlu belajar menjadi lebih terbuka dan menerima apa yang dibisikan hati nurani dan menerimanya secara ikhlas. Ikhlas ialah suatu sikap yang diajarkan dalam islam, yang bermakna rileks yang paling dalam seperti yang pernah kita lakukan ketika masih bayi.

Rasulullah s.a.w melakukan sholat dengan tuma’ninah (rileks) iaitu sikap tenang atau diam sejenak sehingga dapat menyempurnakan perbuatannya dimana posisi tulang dan organ tubuh lainnya dapat berada pada tempatnya dengan sempurna.

Kebanyakan orang mengira bahawa jumlah bacaan dalam setiap gerakan sholat dijadikan sebagai ukuran, padahal bacaan itu bukanlah sebuah aba dalam sholat. Setiap bacaan yang diulang-ulang adalah merupakan aspek meditasi, autoterapi, autosugesti, berdoa, mencari inspirasi, penyembuhan, menunggu intuisi atau petunjuk malah bertujuan untuk menemukan sebuah ketenangan yang dalam. Sehingga apabila kita melakukan sholat dengan tenang kita boleh melakukan dari 5 minit sehingga mencapai 30 minit. Apalagi sholat bukan sahaja dapat menjadi terapi minda tetapi juga sebagai terapi fizikal. Sholat tidak seharusnya dilakukan dengan terburu-buru kerana jika dilakukan dengan terburu-buru aspek meditatif dalam sholat tidak akan ditemukan. Sekiranya dilakukan dengan tuma’ninah, selepas sahaja sholat kita akan mendapat apa yang dikatakan sebagai sebaik-baik amal atau 'peak experience'.

Berbalik pada Rasulullah s.a.w, beliau melakukan iktidal dengan lama sekali sehingga para jemaahnya mengira bahawa beliau lupa. Padahal bacaan yang di baca pendek sekali dan boleh dilakukan dengan cepat. Rasulullah s.a.w melakukannya dengan berdiri cukup lama. Juga ketika duduk, beliau melakukannya lama sekali sehingga juga dikira lupa. Ketika duduk sebenarnya beliau sedang melakukan dialog untuk menyelesaikan persoalan yang dirasa rumit untuk diselesaikan. Pada ketika itulah beliau sedang menunggu jawaban atas kesulitan yang beliau alami. Mengapa kita tidak mengambil pelajaran dari cara beliau dengan menjadikan sholat sebagai alat untuk berkomunikasi dan memohon pertolongan kepada Allah s.w.t serta tempat untuk merehatkan minda, rohani dan fizikal. Apabila kita telah melakukan sholat dengan betul, dengan cara relaksasi yang dalam dan penyerahan yang total kepada Allah s.w.t, maka tidak mungkin orang yang sudah melakukan sholat akan berhati kasar atau pikirannya melonjak-lonjak kerana tidak tenang.

Menurut hasil kajian Alvan Goldstein, dimana beliau telah menemukan adanya zat endorphin dalam otak manusia iaitu zat yang memberikan kesan menenangkan yang disebut endogegonius. Drs. Subandi MA pula menjelaskan bahawa kelenjar endorfina dan enkafalina yang dihasilkan kelenjar pituitrin di otak ternyata mempunyai kesan yang sama dengan opiate (candu) yang memiliki fungsi menimbulkan kenikmatan (pleasure principle) sehingga disebut opiate endogen. Apabila seseorang dengan sengaja memasukkan morfin ke dalam tubuhnya maka akan terjadi penghentian produksi endorphin. Penagih narkotik yang berhenti dari mengambil morfin secara tiba-tiba akan mengalami ketagihan yang menyiksa dan gelisah kerana otak tidak lagi memproduksi zat endorphin. Untuk mengembalikan produksi endorphin di dalam otak, kita boleh melakukan meditasi, sholat yang betul atau melakukan zikir-zikir yang memang banyak memberikan ketenangan, mendengar muzik yang menenangkan atau menggunakan alat brain entrainment. Namun sebagai orang islam, seharusnya sholat menjadi pilihan kita untuk mencapai ketenangan.

Orang yang melakukan sholat dengan tenang dan rileks akan menghasilkan energi tambahan dalam tubuhnya sehingga tubuh merasa segar. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w begitu yakin bahawa sholat merupakan jalan yang ampuh untuk mengubah perilaku manusia menjadi baik dan berakhlak mulia. Sebagaimana Allah menegaskan dalam kitab al-Qur’an :

“Sesungguhnya sholat memiliki kekuatan mengubah perilaku manusia dari perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabuut 29:45)

Kita harus faham bahawa sholat jika dilakukan dengan betul mampu mengubah perilaku manusia menjadi baik dan bermoral. Rasulullah s.a.w telah memberikan teknik yang diperlukan fizikal dan rohani secara alamiah. Ketika tubuh kita letih dan stress, Rasulullah s.a.w telah memberikan terapi fizikal berupa hydrotherapy(terapi air), dengan menggunakan air wuduk. Lalu disunatkan pula menaburi wangian (terapi aroma) pada tubuh yang akan memberikan kesan relaksasi pada minda. Hal ini juga banyak dilakukan oleh para pelaku meditasi di timur sebelum mereka melakukan meditasi. Bahkan dewasa ini, banyak rumah-rumah spa telah menyediakan terapi aroma dengan esensi bunga-bunga ataupun rempah-rempah untuk memberikan ketenangan dan kesegaran bagi tubuh ataupun minda. Juga disediakan terapi air dengan cara mengusap bagian-bagian tubuh seperti kaki, tangan dan kepala yang akan memberikan rasa segar dan menurunkan suhu badan yang terjadi akibat terlalu penat dan stress.

Sebaiknya kita harus mengubah paradigma, kita yang seharusnya memerlukan Allah s.w.t bukan Allah s.w.t yang memerlukan kita, sehingga kita akan merasakan bahawa beribadah adalah sesuatu yang memang diperlukan oleh rohani dan fizikal kita. Sholat menjadi sesuatu yang mengasyikkan dan menyenangkan. Namun terkadang kita masih seperti anak kecil yang takut kepada orang tuanya. Ketika makan kita dicari-cari, diwajibkan makan siang. Pagi-pagi pun kita siap menyiapkan diri, mandi, sarapan lalu pergi ke sekolah. Seolah seluruh aktiviti dilakukan untuk memenuhi kewajiban berbakti kepada keinginan orang tua kita, sehingga ada rasa takut pada waktu makan, waktu ke sekolah dan waktu mandi di petang hari. Akibatnya, kita merasa bersalah kepada orang tua apabila kita tidak sempat makan siang. Padahal itu merupakan kesalahan yang akan memberi kesan kepada diri sendiri, yang dapat menyebabkan kita sakit.

Memang agak sulit untuk mengubah suatu kebiasaan yang sudah berakar umbi dan mendarah daging dari budaya kita. Namun kita harus mencuba mempraktikan latihan-latihan zikir dan sholat untuk menemukan rasa yang telah lama hilang. Dengan kesedaran baru yang kita bangkitkan, insya Allah dari sekarang dan seterusnya sholat akan menjadi tempat kita bercengkerama dengan Allah s.w.t kerana Dialah pusat ilmu pengetahuan, sumber kehidupan dan pusat perencanaan kehidupan dari seluruh makhluk.

“Jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (al-Baqarah : 45-46)

Berikut ini diberikan cara melakukan sholat menurut ayat diatas:

1. Heningkan fikiran anda agar rileks. Usahakan tubuh anda tidak tegang. Tak perlu menumpukan fikiran sampai mengerutkan kening kerana anda akan merasa pening dan penat. Jika terjadi seperti itu, kendorkan tubuh anda sampai terasa nyaman kembali.
2. Biarkan tubuh meluruh, agak dilemaskan, atau bersikap setenang mungkin.
3. Kemudian rasakan getaran kalbu yang bening dan sambungkan rasa itu kepada Allah. Biasanya kalau sudah tersambung, suasana sangat hening dan tenang, serta terasa getarannya menyelimuti rohani dan fizikal. Getaran rohani inilah yang menyambungkan kepada Zat, yang menyebabkan fikiran tidak liar kesana kemari.
4. Bangkitkan kesadaran diri, bahawa anda sedang berhadapan dengan Zat Yang Maha Kuasa, Yang Meliputi Segala sesuatu, Yang Maha Hidup, Yang Maha Suci dan Yang Maha Agung. Sedari bahawa anda akan memuja dan bersembah sujud kepada-Nya serendah-rendahnya, menyerahkan segala apa yang ada pada diri anda. Biarkan roh anda mengalir pergi, dengan suka rela menyerahkan diri : “Hidup dan matiku hanya untuk Allah semata”.
5. Berniatlah dengan sengaja dan sedar sehingga muncul getaran rasa yang sangat halus dan kuat menarik rohani meluncur kehadirat-Nya. Pada saat itulah ucapkan takbir “ALLAHU AKBAR”. Jagalah rasa tadi dengan meluruskan niat, rasakan kelurusan jiwa anda yang terus bergetar menuju Allah. Setelah itu, menyerahlah secara total, inna shalati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil ‘alamin(sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah semata).
6. Rasakan keadaan berserah yang masih menyelimuti getaran rohani anda dan mulailah perlahan-lahan membaca setiap ayat dengan tertib. Pastikan anda masih merasakan getaran pasrah ketika membaca ayat di hadapan-Nya. Kemudian lakukanlah rukuk. Biarkan badan anda membungkuk dan rasakan. Pastikan bahawa roh anda perlahan-lahan turut rukuk dengan perasaan hormat dan pujilah Allah Yang Maha Agung dengan membaca: “subhaana rabbiyal adhiimi wabihamdihi”. Jika antara rohani dengan fizikal anda telah seirama, maka getaran itu akan bertambah besar dan kuat, dan bertambah kuat pula kekhusyukan yang terjadi.
7. Setelah rukuk, anda berdiri kembali perlahan sambil mengucapkan pujian kepada Zat Yang Maha Mendengar: ”samiallahu liman hamidah” (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya). Rasakan keadaan ini sampai rohani anda mengatakan dengan sebenarnya. Jangan sampai sedikitpun tersisa dalam diri anda rasa untuk ingin dipuji, yang terjadi adalah keadaan nol, tidak ada beban apa-apa kecuali rasa hening.
8. Kemudian secara perlahan sambil tetap berzikir: ”Allahu Akibar”, bersujudlah serendah-rendahnya. Biarkan tubuh anda bersujud, rasakan sujud anda agak lama. Jangan mengucapkan pujian kepada Allah Yang Maha Suci, subhaana rabbiyal a’la wabihamdihi sebelum roh dan fizikal anda bersatu dalam satu sujud. Biasanya terasa sekali rohani ketika memuji Allah dan akan berpengaruh kepada fizikal, menjadi lebih tunduk, ringan dan harmonis.
9. Selanjutnya lakukanlah sholat seperti di atas dengan perlahan-lahan, tuma'ninah pada setiap gerakan. Jika anda melakukannya dengan betul, getaran rohani akan bergerak menuntun fizikal anda. Sempurnakan kesedaran sholat anda sampai salam.

Sehabis sholat, duduklah dengan tenang. Rasakan getaran yang masih membekas pada diri anda. Rohani anda masih merasakan getaran takbir, sujud, rukuk, dan penyerahan diri secara total. Kemudian pujilah Allah dengan memberikan pujian itu langsung tertuju kepada Allah, agar rohani kita mendapatkan energi Ilahi serta membersihkannya.

Allahu Akbar … Allahu Akbar … Allahu Akbar …
Alhamdulillah … Alhamdulillah … Alhamdulillah …
Subhanallah … Subhanallah … Subhanallah …
Asyhadu anlaa ilaha illallah Wa asyhadu anna muhammdarrasulullah
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
La haula wa la quwwata illa billahil a’liyyil adhiim

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan sholatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk, dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasakan tenang, maka dirikanlah sholat (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (an-Nisa’: 103)

Dipetik daripada sanggardewa.wordpress.com

Sunday 8 November 2009

E-book Sholat Khusyuk

Salam untuk semua, sebagai orang islam kita telah diajar untuk melakukan sholat wajib 5 waktu dalam sehari disamping melakukan sholat sunat. Kita telah diajar untuk melakukan sholat sejak dari umur baligh lagi. Walaupun demikian ramai diantara umat islam yang melakukan sholat tidak khusyuk kerana cara yg tidak betul ataupun kerana melakukan sholat sebagai satu kewajiban sahaja. Sholat telah diketahui mempunyai banyak kebaikan dan ada menganggap sholat sebagai meditasi tertinggi dalam islam. Telah ramai orang yang mengkaji dari sudut saintifik menemui kebaikan di dalam sholat.


Sesiapa yang berminat untuk mendalami tentang sholat, anda boleh mendapatkan e-book sholat kusyuk secara percuma di www.shalatcenter.com

Tuesday 18 August 2009

kita adalah apa yang kita fikir

Apabila kita fikir lelah, maka kita merasa lelah;
Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani;
Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu,
kita hampir pasti tidak menang;
Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah;
Kerana di dunia luar kita mendapati kejayaan bermula
dengan kemahuan seseorang;
Semua itu ada di dalam fikiran.
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
orang yang lebih kuat dan cepat.
Tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu
Adalah orang yang berfikir dia mampu menang.
-Norman Vincent Peale-

Saturday 15 August 2009

Energi Psikologi

Psikologi Energi (PE) adalah “label” baru yang diperkenalkan dalam bidang psikologi yang menggunakan sistem energi manusia. Termasuk di dalam PE ini adalah terapi seperti Thought Field Therapy (TFT), Emotional Freedom Technique (EFT), Releasing Technique, BSFF, Spiritual Healing dan banyak lagi jenis-jenis terapi yang telah dibangunkan dan dimanfaatkan. Yang paling penting untuk anda ketahui adalah kesemua jenis terapi yang digunakan dalam “rawatan “ psikologi ini dibangunkan dan diasaskan dengan menggunakan salah satu dari sistem energi manusia seperti :-

Pusat Energi Manusia - Sistem Chakra
Jalur @ “Urat” energy – Sistem Meridian
Medan Energi Manusia –Sistem Aura

PE telah diguna dengan berkesannya dalam bidang Psikoterapi, Kaunseling, Masalah Kesihatan Fizikal, Pengurusan Emosi, Pembangunan Diri, Sukan, pendidikan dan sebagainya. Walaupun secara saintifiknya, amat sukar untuk membuktikan “kewujudan” sistem energi manusia, tetapi perkembangan teknologi fizik dan bio-energi telah mula melihat secara lebih bersungguh sungguh tentang bidang ini. Terutamanya dengan semakin meluasnya kesedaran masyarakat tentang medan bio-energi yang dipanggil AURA. Ia juga membuktikan bahawa bukan setiap yang “tidak nampak” itu tidak wujud tetapi kerana kemampuan penglihatan manusia adalah terbatas pada frekuansi dan dimensi yang tertentu sahaja. Ia secara tidak langsung menjelaskan bahawa bidang ini memerlukan lebih perhatian bukan disanggah secara melulu.

Psikologi Energi telah digunakan dan terbukti telah mengatasi masalah-masalah penyakit fizikal dari migraine, kanser, darah tinggi dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Dalam bidang psikologi, isu seperti stress, trauma, depresi, kerungsingan, ketakutan dan sebagainya adalah antara isu yang paling banyak memberi manfaat yang besar kepada individu tertentu. Malahan isu-isu pembangunan dan tranformasi diri juga telah memdapat manfaat besar dalam isu seperti pembangunan minda/mindset, tingkah laku dan emosi yang menjadi “kunci-kunci” penting dalam pencapaian kejayaan dan kecemerlangan.

EFT dan releasing technique adalah antara method yang paling banyak digunakan dan mendapat sambutan yang sangat hebat dan diakui oleh ramai tokoh pembangunan diri dunia seperti Deepak Chopra, Jack Canfield, Joe Vitale, Oprah dan ramai lagi.

Info di atas, aku ambil dari blog http://www.amarmahmood.blogspot.com/ maklumlah nak tulis sendiri tidak pandai.... hehehe.... Untuk makluman semua, Amar Mahmood adalah pengamal Emotional Freedom Technique (EFT C.C), RESQ56 (Pengasasnya adalah Master Mir Hazil) dan Releasing Technique aliran Sedona Method. Beliau juga merupakan Master Reiki (Usui dan Kundalini) dan menggunakan terapi psikologi energi dalam kesemua program dan workshop yang beliau kendalikan. Terima kasih saudara Amar untuk info diatas.

Thursday 6 August 2009

Salam Ramadhan 2009




Ramadan reincarnate again .... sahaja the moment passed .... sahaja new ramadan felt-by .... silent and still dah 3 times fast for our family in the foreign country ..... ramadhan aura feels dah .... although not as good in Malaysia .... here we can not sense the atmosphere when bought at the bazaar ramadhan juadah .... everything provided himself .... but this time things might cadar cadas little mother-in-law because there is here again we have added a new family namely Zara ... Ramadan little hot this time of year he fell off kerana Ogos month ... and when he was again 'summer'.... time is also rather long day ..... bersahur time approximately 2 hours in the morning and break time is 8 hours mlm .... when in Malaysia ... bersahur time at 5 am and sunset hours 7 mlm .... Look perbezaannya ... so ketara ... but if the season 'winter'.... short lunch time ... bersahur at 5 am and sunset hours 4 ptg .... but we do not have time merasainya ..




This Dikesempatan, we congratulate the family fasted on family Bachok in Kelantan and Kuala Lumpur. We also congratulate the Muslims fast throughout the world and the movement-movement in Malaysia, Indonesia, Brunei.






note: image above borrowed from google kerana not create your own good ... hehehe

Saturday 4 July 2009

Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w

"
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)

Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).

Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad).

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia).

Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:
Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang. Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. Gambaran balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. Gambaran balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah. Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan. Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti. Gambaran seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam.
Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti. Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti. Gambaran seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu. Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
Nabi tercium bau yang amat harum. Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang. Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. Gambaran orang yang makan riba'.

Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua nabi berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga nabi berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat nabi berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima nabi berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam nabi berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh nabi berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Thursday 2 April 2009

Hukum Tarikan Berteraskan Quran

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali selepas) dibangkitkan." (Surah al-Mulk, ayat 15).
Dimana hukum tarikan dalam ayat diatas? Perhatikan ayat yang berbunyi, dialah yang menjadikan bumi bagi kamu yang mudah dijelajahi. Kenyataan Allah itu dimulakan dengan fikiran positif. Allah memberi keyakinan kepada kita yang hidup ini mudah. Kita tidak perlu berfikir mengenai kesusahan dalam hidup. Kita mesti yakin kehidupan ini mudah. Dengan pernyataan itu, getaran positif terpancar ke alam sekitar. Kemudian Allah menyambung ayat-ayat dalam Quran, Jelajahilah! Maksudnya, kita diperintahkan berusaha dengan penuh semangat ataupun dengan keceriaan iaitu kita yakin hidup ini mudah. Apabila kita mengaktifkan hasrat ataupun rasa ceria ketika berusaha mencari rezeki, bermakna kita mengizinkan kelimpahan rezeki memasuki hidup kita. Ini sesuai dengan hukum tarikan.
Sesudah kita berusaha sedaya upaya, Allah menutup ayat itu dengan sikap pasrah ataupun berserah kepadanya (tawakal). Kita semakin yakin mendapat banyak rezeki dalam hidup. Mungkin hari ini kita masih belum mendapat rezeki seperti yang kita harapkan. Namun, kita pasrah kepadanya dan percaya dia terus memberi kita rezeki dalam hidup. Kita hanya perlu yakin, berfikir positif, gigih berusaha dan berserah kepada Allah. Apabila tiba masanya, kita pasti mendapat kekayaan nikmat. Malah kita juga menjadi lebih bahagia dengan kekayaan itu.
Demikianlah sebahagian petikan yang terdapat didalam buku "Quranic Law of Attraction". Buku ini ditulis oleh seorang penulis muda Indonesia yang sedang meningkat naik ketika ini iaitu Rusdin S.Rauf. Dalam usia seawal 20an, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang menarik. Dalam buku ini beliau telah menceritakan tenaga-tenaga yang terdapat dalam Quran, bagaimana Quran bertindak balas dengan keinginan kita dan bagaimana kita bertindakbalas dengan Quran. Syabas saya ucapkan kepada penulis kerana telah berjaya menghasilkan buku ini.

Thursday 26 March 2009

Terima Kasih Ya Allah...

Ya Allah... dengan rasa ikhlas dan rendah diri... aku mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Mu kerana sehingga ke hari ini.... aku masih dapat melihat dunia Mu yang sangat indah ini.... aku masih dapat menghirup udara yang bersih dan segar... aku dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman yang lazat dan menyihatkan .... aku masih dapat berjalan diatas muka bumi Mu yang luas terbentang ini.... aku dapat mendengar kicauan burung dan bunyi-bunyian yang mengasyikan... aku dapat menggunakan kedua2 kaki dan tanganku untuk bekerja.... aku mempunyai isteri dan anak2 yang baik dan sihat.... aku masih mempunyai ibubapa dan saudara yang menyayangiku sebagaimana aku menyayangi mereka... dan aku berterima kasih kepada Mu di atas segala nikmat, rahmat dan rezeki yang Engkau limpahkan... yang tidak terkira banyaknya.... Terima Kasih Ya Allah diatas segala perlindungan yang Engkau berikan... Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah... Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Thursday 12 March 2009

Manfaat Reiki Dalam Hidup Sehari-hari

Kita sudah mengetahui bahawa badan manusia terdiri dari 70% air dan kita juga mengetahui bahawa sifat air itu adalah sebagai alat perakam yang hebat. Oleh itu dalam kehidupan sehari-hari tubuh manusia ini memang mudah terakam oleh banyak unsur2 yang ada disekeliling samaada yang bersifat baik (positif) atau buruk (negetif).
Kita juga biasa meminum air dan mandi menggunakan air yang kita dapat dari paip yang mana salur paip itu terletak dibawah tanah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan air itu terakam kepada unsur positi dan negatif. Apabila kita mandi atau minum air tadi, ia kemudian akan terakam pula kepada air yang ada di badan kita. Maka disinilah akan terjadi akibatnya, kalau air tadi terakam unsur yang positif tidak mengapa kerana ia baik untuk badan tetapi sekiranya ia terakam unsur negatif, maka ia akan mengganggu sistem tenaga badan dan akan mewujudkan banyak blok-blok didalam badan dan disini akan terhasilnya banyak penyakit fizik.
Unsur-unsur negatif yang ada disekeliling yang boleh terakam ke badan kita ada terlalu banyak antaranya seperti muzik dan bunyi-bunyian yang kasar dan keras. Sebagai contoh jika sekiranya kita sedang mendengar muzik yang keras, ia akan terakam ke badan kita dan mengubah molekul air di dalam badan menjadi kristal yang buruk. Begitu juga sekiranya kita memaki baju yang mempunyai gambar yang kurang elok atau mempunyai tulisan yang bersifat negatif, ia juga akan mengubah molekul air di badan menjadi kristal yang tidak elok. Ini sudah tentu akan merosakkan badan kita.
Dalam hidup sehari-hari, kita amat banyak terdedah kepada unsur yang bersifat negatif. Jadi perlunya kita selalu membersihkan diri kita dari semua itu agar kita sentiasa sihat secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sebagai pengamal reiki, kita boleh menggunakannya sebagai satu ikhtiar untuk membersihkan dan menjauhkan kita dari sebarang unsur negatif. Banyak perkara yang boleh kita buat dengan Reiki seperti kita boleh alirkan tenaga reiki ke air yang hendak diminum atau ke makanan yang hendak dimakan, kita juga boleh alirkan tenaga reiki ke air yang kita gunakan untuk mandi atau kita boleh terus alirkan tenaga reiki ke badan. Kita juga boleh gunakan tenaga reiki untuk membersihkan rumah dari unsur negatif. Pokok pangkalnya kita boleh guna reiki untuk apa sahaja keperluan hidup kita sehari-hari.
Walaupun begitu, kita tidak boleh meletakkan kebergantungan kita secara total kepada reiki. Kita harus percaya bahwa reiki hanyalah satu ikhtiar untuk menyembuh tetapi kuasa penyembuh terletak kepada Yang Maha Kuasa. Sebagai manusia kita diwajibkan berusaha dan selebihnya terserah kepada Allah s.w.t.

Wednesday 4 March 2009

FESTIVAL - Spiritual, Psychic & Holistic


Pada 22 Feb. 2009 yang lepas kami sempat berkunjung ke satu Festival di Hove, Brighton. Festival ini dibuat di Hove Town Hall. Ia disertai oleh ramai pengamal Reiki, EFT, NLP, Shiatsu, meditasi, Acupunture, Aura Photo, Penjual Kristal dan pelbagai lagi pengamal spiritual dan holistic. Kami teruja melihat sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat terhadap festival seperti ini. Kami terfikir juga kalau-kalau di Malaysia ada festival seumpama ini kerana ia baik untuk mempromosikan kaedah perubatan alternatif dan komplimentari yang ada di Malaysia. Mungkin ia pernah diadakan, barangkali kami terlepas pandang. Tapi jika belum pernah, elok rasanya diadakan festival seperti ini. Festival seperti ini akan dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang kebaikan kaedah perubatan alternatif dan komplimentari. Ia bukan untuk menyaingi kaedah perubatan moden yang ada tetapi ia sebagai komplimentari kepada kaedah perubatan moden.

Tuesday 10 February 2009

KITA PATUT BERSYUKUR kerana.....

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2.. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas, krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Wednesday 4 February 2009

Air - Makhluk Allah Yang Hebat

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." ( Al Anbiya:30)


Seorang saintis di Jepun iaitu Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah mengkaji tentang aktiviti air. Beliau telah mengambil air dari mata air di Pulau Honshu kemudian didoakan menurut agama Shinto dan disejukkan hingga -5oC selepas itu beliau mengambil foto air tersebut dengan menggunakan mikroskop elektron. Apa yang beliau perolehi ialah molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Kemudian ujian lanjut dibuat dengan menyebut perkataan, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Hasilnya ia membentuk kristal yang sangat indah. Kemudian diuji pula dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato", ia juga membentuk kristal yang indah. Kemudian ditunjukkan pula perkataan "syaitan", apa yang terhasil ialah sebuah kristal yang buruk. Kemudian dimainkan pula musik Symphony Mozart, hasilnya terbentuk sebuah kristal seperi sekuntum bunga. Apabila musik heavymetal pula diperdengarkan, kristal menjadi hancur. Kemudian seramai 500 orang sukarelawan diambil, mereka disuruh menyebut perkataan "peace" di depan sebotol air. Apa yang terjadi ialah kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Kemudian dibacakan pula doa-doa Islam dan terbentuklah kristal bersegi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan....Subhanallah.

Akhirnya Dr. Masaru Emoto mengelilingi dunia untuk melakukan ujian terhadap air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin dan beliau kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan tentang penemuannya pada bulan Mac 2005. Ternyata air mampu "mendengar" kata-kata, mampu "membaca" tulisan dan mampu "memahami" pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan maka semakin dalam pesanan tercetak di air. Air boleh memindah pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Penemuan ini boleh menjelaskan, mengapa air putih yang dibacakan surah Al-Fatihah boleh menyembuhkan orang yang sakit. Dulu kita tidak tahu mengapa orang berbuat demikian atau mungkin kita menganggap bahawa ia sekadar ikhtiar sahaja tetapi ternyata molekul air itu boleh menangkap pesanan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya berpindah kepada molekul air lain yang ada di tubuh orang yang sakit. Sememangnya tubuh manusia 75% adalah air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Oleh itu kita harus sentiasa mendoakan kepada air putih yang disimpan didalam botol supaya anak-anak yang meminumnya sihat, cerdas, baik perilaku dan juga suami isteri sentiasa berbaik-baik. Air tadi akan bekerja dengan memberi pesanan kepada air di otak dan di dalam darah dan dengan izin Allah s.w.t pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Bila kita hendak mandi juga, kita boleh berdoa agar air yang kita mandi itu dapat membersihkan badan kita secara fizikal dan rohani.

Rasulullah saw. bersabda, "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat kepada yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah ... Patutlah air zamzam begitu berkhasiat kerana ia menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Islam adalah agama yang paling dekat dengan air. Kerana apabila hendak sholat kita diwajibkan wuduk dahulu, apabila nak bersuci orang islam menggunakan air tidak seperti umat lain dan apabila mati kita dimandikan.

Saturday 31 January 2009

Reiki - Satu Bentuk Terapi Tenaga

Allah s.w.t menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dengan membekalkan manusia dengan satu sistem badan yang begitu baik dan canggih sejak dari lahir lagi. Hingga sebuah super komputer yang paling hebat pun tidak dapat menandingi kehebatan tubuh manusia.

Namun dewasa ini kita selalu melihat bahawa sudah mulai muncul pelbagai jenis penyakit yang sangat susah untuk dicari penawarnya. Hingga perubatan moden sekalipun sudah tidak mampu untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Di zaman moden ini penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia tidak hanya berupa penyakit fisik sahaja tetapi juga penyakit yang melibatkan fikiran dan emosi seperti stress, susah tidur, cemas gelisah dan ketakutan yang berlebihan, emosi tidak stabil serta derita batin hingga rasa dendam yang begitu mendalam.

Ditambah pula dengan era globalisasi yang telah melanda seluruh dunia ketika ini yang menuntut para profesional dan eksekutif untuk terus mengerah otak dan bekerja keras demi kemajuan perniagaan hingga tiada masa untuk keluarga. Perkara ini telah menyebabkan pelbagai macam penyakit yang sebenarnya bukan berasal dari penyakit medis semata-mata. Walaubagaimanapun kalau ia tidak dirawat, ia akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit medis akan wujud.

Tubuh manusia sebenarnya begitu pintar, apabila timbul rasa sakit, pening dan sebagainya itu sebenarnya adalah tanda bahawa tubuh manusia sedang berlaku ketidakseimbangan tenaga atau chi. Dimana penyakit-penyakit tersebut telah mewujudkan blok atau hambatan hingga tenaga atau chi tadi tidak dapat mengalir dengan sempurna didalam tubuh manusia. Maka dengan itu wujudlah pelbagai penyakit.

Untuk itu kaedah terapi tenaga iaitu Reiki merupakan cara yang sangat tepat, berkesan & menyenangkan untuk menyelaraskan kembali energi tubuh. Terapi Reiki yang menggunakan tenaga alam semesta dapat memecahkan blok atau hambatan didalam tubuh. Serta seimbangkan semula energi atau chi tadi dan akhirnya kembali normal dan menyembuhkan penyakit yg ada.

Friday 30 January 2009

Jiwa Yang Tenang

Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, tidak diganggui, mantap, stabil, berasa lega, tidak risau dan gundah. Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya, bahkan keadaan dirinya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada kerja-kerja itu berbentuk tugasan harian ditempat kerja ataupun kerja-kerja dirumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum-minuman yang memabukkan, menghidu gam, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya, kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah, hal yang demikian menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Untuk mendapatkannya ia perlu diusaha, dilatih bersungguh-sungguh secara berterusan dan aktif setiap hari melalui proses bimbingan dan panduan ke atas diri individu seperti membina sikap positif, sebagai contoh " bertafakur ", seseorang memerlukan suasana yang tenang dan sunyi. Fikiran dikosongkan daripada peristiwa hidup. Sentiasa mengingati kuasa tuhan. Tubuh badan berasa santai dan rehat secara fizikal dan emosional. Insyallah jika diusahakan akan berjaya. Selain dari pegangan dan amalan agama boleh membantu individu mendapatkan ketenangan. Agama memberi kekuatan iman dan keteguhan jiwa dengan adanya kepercayaan kepada kuasa dan pertolongan tuhan.
Dalam Islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan kepada individu berkenaan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Nikmat yang dapat dirasai melalui perkara-perkara tersebut ialah ketenangan batin dan ketenteraman jiwa. Pengalaman rohaniah ini membina kekuatan iman. Zikir mengajar individu supaya bertaqwa kepada tuhan.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28
Maksudnya : " Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati "

Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah diwaktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya dimasa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik diwaktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab itu dalam Islam amat dipentingkan sekali menegakkan sembahyang lima kali sehari semalam kerana dalam sembahyang itulah kita mengingati Allah dan membersihkan jiwa. Nabi mengatakan bahawa sembahyang itu tempat ketenangan jiwanya dan kesenangan hatinya. Oleh yang demikian senanglah hati menghadapi segala kemungkinan dan kesulitan dalam masyarakat hidup di dunia ini.
Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud :
" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku ".
Petikan Khutbah Jumaat

Saturday 24 January 2009

Band Reiki

Istilah band digunakan untuk membezakan tahap atau tingkat energi reiki. Dikatakan bahawa terdapat bermacam-macam tingkat energi reiki ini. Bermula dari tingkat yang paling rendah dan yang paling tinggai. Ketika ini, terdapat begitu banyak sekali aliran Reiki yang telah dihasilkan oleh master-master reiki. Kepada sesiapa yang telah mempelajari beberapa aliran Reiki tertentu, mungkin akan mendengar istilah band dan saya pasti sudah ramai yang mengetahui akan maksud band ini.

Dikatakan bahawa istilah band ini mulanya digunapakai di Lightarian Reiki. Lightarian beranggapan bahawa di alam semesta ini terdapat 8 band energi Reiki. Band pertama ialah Usui Reiki, band yg ke2 ialah Karuna Reiki dan band yg ke3 sampai ke8 ialah Lightarian tingkat 1 hingga 6. Tetapi terdapat aliran reiki lain yang mendakwa bahawa ia lebih tinggi dari karuna reiki iaitu Imara Reiki (Imara bermaksud lebih). Ini bermakna Imara ini setaraf dengan Lightarian Reiki tingkat 1.

Istilah band ini juga digunapakai di Siddeartha Reiki dan dikatakan terdapat 12 band. Kemudian dikatakan hingga band 60, kemudian hingga 360 dan hingga tidak terbatas. Dulu Siddeartha Reiki dihasilkan sebagai alternatif karena Usui Reiki ketika itu sangat mahal. Siddheartha Reiki band 1 sama dengan energi Karuna Reiki, band 2 sampai band 7 sama dengan energi Lightarian Reiki tingkat 1 hingga 6. Perkara yang sama juga berlaku untuk Reiki lain yang mempunyai sistem band seperti Reiki Sufi, Christ dan lain-lainnya.

Bila dibuat susunannya, maka terjadi seperti ini:-
Usui Reiki 1,2,3 --------Sufi Reiki tingkat 1,2,3
Karuna Reiki-----------Sufi Reiki band1 ------Kundalini Reiki
Lightarian Reiki 1------Sufi Reiki band 2------Imara Reiki
Lightarian Reiki 2------Sufi Reiki band 3
Lightarian Reiki 3------Sufi Reiki band 4
Lightarian Reiki 4------Sufi Reiki band 5
Lightarian Reiki 5------Sufi Reiki band 6
Lightarian Reiki 6------Sufi Reiki band 7

Friday 16 January 2009

Mat Jenin Moden : Berangan & Berjaya

Kisah Mat Jenin memang popular di kalangan orang Melayu, ianya telah disampaikan sejak turun temurun oleh orang-orang dahulu. Mat Jenin ialah sebuah cerita yang mengisahkan seorang pemuda miskin yang suka berangan-angan. Oleh kerana malas dan suka berangan-angan, dia akhirnya mati kerana jatuh dari pokok kelapa. Orang dulu-dulu memang tidak suka kepada orang yang kuat berangan dan malas.
Namun didalam buku Mat Jenin Moden : Berangan & Berjaya, penulis buku tersebut iaitu Shahifol Arbi Ismail telah menerangkan 7 langkah bagaimana berangan-angan boleh membawa kepada kejayaan. Apa yang beliau tulis didalam buku ini adalah bagaimana Hukum Tarikan (Law of Atraction) dapat menjadikan impian seseorang satu realiti.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehkan klik gambar buku yang saya letak di ruang sebelah kanan blog ini dan dapatkan maklumat bagaimana untuk membeli buku ini. Buku Mat Jenin Moden adalah merupakan sebuah buku dan bukan e-book seperti kebanyakan buku yang dijual melalui internet. Selamat Berjaya

Saturday 10 January 2009

Gelombang Otak Manusia

Sains telah dapat membuktikan bahawa otak mempunyai 4 tahap gelombang. Setiap tahap itu mempunyai frekuensi yg berbeza yg menunjukkan tahap aktiviti otak pada sesuatu masa. Gelombang2 tersebut ialah :-

Beta merupakan gelombang yang laju dan mempunyai amplitud rendah di antara 14 hingga 40 kali sesaat (Hz). Gelombang Beta dihasilkan secara semulajadi semasa berada dalam keadaan jaga, fokus dan sedar.

Alpha adalah di antara 8 hingga 13 Hz dan berlaku semasa rehat (contohnya semasa memejamkan mata), ketenangan yang dalam dan meditasi. Gelombang Alpha menghasilkan perasaan yang nyaman, tidur yang baik, peningkatan pencapaian akademik, peningkatan produktiviti di tempat kerja, pengurangan kebimbangan dan peningkatan imunisasi. Dipercayai ramai kalangan genius seperti Einstein sentiasa berada dalam keadaan Alpha.

Theta ialah gelombang di antara 4 ke 8 Hz selalunya dipanggil keadaan mimpi atau "twilight". Theta dikaitkan dengan keadaan hypnogogic states, REM dan bermimpi. Perkembangan memori dapat ditingkatkan semasa berada dalam keadaan ini. Dalam gelombang Theta, memori bertambah baik (terutamanya memori jangka panjang), bebas daripada sebarang keterikatan, dan pertambahan kepada idea-idea kreatif.

Delta adalah gelombang semasa dalam keadaan tidur. Semasa tidur, secara semulajadi gelombang yang terhasil adalah Delta. Delta merupakan gelombang yang paling rendah iaitu di antara 1 hingga 4 Hz. Telah terdapat bukti yang menunjukkan seseorang itu masih mampu berada dalam keadaan jaga walaupun dalam gelombang Delta.