Saturday 31 January 2009

Reiki - Satu Bentuk Terapi Tenaga

Allah s.w.t menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dengan membekalkan manusia dengan satu sistem badan yang begitu baik dan canggih sejak dari lahir lagi. Hingga sebuah super komputer yang paling hebat pun tidak dapat menandingi kehebatan tubuh manusia.

Namun dewasa ini kita selalu melihat bahawa sudah mulai muncul pelbagai jenis penyakit yang sangat susah untuk dicari penawarnya. Hingga perubatan moden sekalipun sudah tidak mampu untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Di zaman moden ini penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia tidak hanya berupa penyakit fisik sahaja tetapi juga penyakit yang melibatkan fikiran dan emosi seperti stress, susah tidur, cemas gelisah dan ketakutan yang berlebihan, emosi tidak stabil serta derita batin hingga rasa dendam yang begitu mendalam.

Ditambah pula dengan era globalisasi yang telah melanda seluruh dunia ketika ini yang menuntut para profesional dan eksekutif untuk terus mengerah otak dan bekerja keras demi kemajuan perniagaan hingga tiada masa untuk keluarga. Perkara ini telah menyebabkan pelbagai macam penyakit yang sebenarnya bukan berasal dari penyakit medis semata-mata. Walaubagaimanapun kalau ia tidak dirawat, ia akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit medis akan wujud.

Tubuh manusia sebenarnya begitu pintar, apabila timbul rasa sakit, pening dan sebagainya itu sebenarnya adalah tanda bahawa tubuh manusia sedang berlaku ketidakseimbangan tenaga atau chi. Dimana penyakit-penyakit tersebut telah mewujudkan blok atau hambatan hingga tenaga atau chi tadi tidak dapat mengalir dengan sempurna didalam tubuh manusia. Maka dengan itu wujudlah pelbagai penyakit.

Untuk itu kaedah terapi tenaga iaitu Reiki merupakan cara yang sangat tepat, berkesan & menyenangkan untuk menyelaraskan kembali energi tubuh. Terapi Reiki yang menggunakan tenaga alam semesta dapat memecahkan blok atau hambatan didalam tubuh. Serta seimbangkan semula energi atau chi tadi dan akhirnya kembali normal dan menyembuhkan penyakit yg ada.

No comments: