Saturday 10 January 2009

Gelombang Otak Manusia

Sains telah dapat membuktikan bahawa otak mempunyai 4 tahap gelombang. Setiap tahap itu mempunyai frekuensi yg berbeza yg menunjukkan tahap aktiviti otak pada sesuatu masa. Gelombang2 tersebut ialah :-

Beta merupakan gelombang yang laju dan mempunyai amplitud rendah di antara 14 hingga 40 kali sesaat (Hz). Gelombang Beta dihasilkan secara semulajadi semasa berada dalam keadaan jaga, fokus dan sedar.

Alpha adalah di antara 8 hingga 13 Hz dan berlaku semasa rehat (contohnya semasa memejamkan mata), ketenangan yang dalam dan meditasi. Gelombang Alpha menghasilkan perasaan yang nyaman, tidur yang baik, peningkatan pencapaian akademik, peningkatan produktiviti di tempat kerja, pengurangan kebimbangan dan peningkatan imunisasi. Dipercayai ramai kalangan genius seperti Einstein sentiasa berada dalam keadaan Alpha.

Theta ialah gelombang di antara 4 ke 8 Hz selalunya dipanggil keadaan mimpi atau "twilight". Theta dikaitkan dengan keadaan hypnogogic states, REM dan bermimpi. Perkembangan memori dapat ditingkatkan semasa berada dalam keadaan ini. Dalam gelombang Theta, memori bertambah baik (terutamanya memori jangka panjang), bebas daripada sebarang keterikatan, dan pertambahan kepada idea-idea kreatif.

Delta adalah gelombang semasa dalam keadaan tidur. Semasa tidur, secara semulajadi gelombang yang terhasil adalah Delta. Delta merupakan gelombang yang paling rendah iaitu di antara 1 hingga 4 Hz. Telah terdapat bukti yang menunjukkan seseorang itu masih mampu berada dalam keadaan jaga walaupun dalam gelombang Delta.

No comments: