Thursday 26 March 2009

Terima Kasih Ya Allah...

Ya Allah... dengan rasa ikhlas dan rendah diri... aku mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Mu kerana sehingga ke hari ini.... aku masih dapat melihat dunia Mu yang sangat indah ini.... aku masih dapat menghirup udara yang bersih dan segar... aku dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman yang lazat dan menyihatkan .... aku masih dapat berjalan diatas muka bumi Mu yang luas terbentang ini.... aku dapat mendengar kicauan burung dan bunyi-bunyian yang mengasyikan... aku dapat menggunakan kedua2 kaki dan tanganku untuk bekerja.... aku mempunyai isteri dan anak2 yang baik dan sihat.... aku masih mempunyai ibubapa dan saudara yang menyayangiku sebagaimana aku menyayangi mereka... dan aku berterima kasih kepada Mu di atas segala nikmat, rahmat dan rezeki yang Engkau limpahkan... yang tidak terkira banyaknya.... Terima Kasih Ya Allah diatas segala perlindungan yang Engkau berikan... Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah... Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Thursday 12 March 2009

Manfaat Reiki Dalam Hidup Sehari-hari

Kita sudah mengetahui bahawa badan manusia terdiri dari 70% air dan kita juga mengetahui bahawa sifat air itu adalah sebagai alat perakam yang hebat. Oleh itu dalam kehidupan sehari-hari tubuh manusia ini memang mudah terakam oleh banyak unsur2 yang ada disekeliling samaada yang bersifat baik (positif) atau buruk (negetif).
Kita juga biasa meminum air dan mandi menggunakan air yang kita dapat dari paip yang mana salur paip itu terletak dibawah tanah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan air itu terakam kepada unsur positi dan negatif. Apabila kita mandi atau minum air tadi, ia kemudian akan terakam pula kepada air yang ada di badan kita. Maka disinilah akan terjadi akibatnya, kalau air tadi terakam unsur yang positif tidak mengapa kerana ia baik untuk badan tetapi sekiranya ia terakam unsur negatif, maka ia akan mengganggu sistem tenaga badan dan akan mewujudkan banyak blok-blok didalam badan dan disini akan terhasilnya banyak penyakit fizik.
Unsur-unsur negatif yang ada disekeliling yang boleh terakam ke badan kita ada terlalu banyak antaranya seperti muzik dan bunyi-bunyian yang kasar dan keras. Sebagai contoh jika sekiranya kita sedang mendengar muzik yang keras, ia akan terakam ke badan kita dan mengubah molekul air di dalam badan menjadi kristal yang buruk. Begitu juga sekiranya kita memaki baju yang mempunyai gambar yang kurang elok atau mempunyai tulisan yang bersifat negatif, ia juga akan mengubah molekul air di badan menjadi kristal yang tidak elok. Ini sudah tentu akan merosakkan badan kita.
Dalam hidup sehari-hari, kita amat banyak terdedah kepada unsur yang bersifat negatif. Jadi perlunya kita selalu membersihkan diri kita dari semua itu agar kita sentiasa sihat secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sebagai pengamal reiki, kita boleh menggunakannya sebagai satu ikhtiar untuk membersihkan dan menjauhkan kita dari sebarang unsur negatif. Banyak perkara yang boleh kita buat dengan Reiki seperti kita boleh alirkan tenaga reiki ke air yang hendak diminum atau ke makanan yang hendak dimakan, kita juga boleh alirkan tenaga reiki ke air yang kita gunakan untuk mandi atau kita boleh terus alirkan tenaga reiki ke badan. Kita juga boleh gunakan tenaga reiki untuk membersihkan rumah dari unsur negatif. Pokok pangkalnya kita boleh guna reiki untuk apa sahaja keperluan hidup kita sehari-hari.
Walaupun begitu, kita tidak boleh meletakkan kebergantungan kita secara total kepada reiki. Kita harus percaya bahwa reiki hanyalah satu ikhtiar untuk menyembuh tetapi kuasa penyembuh terletak kepada Yang Maha Kuasa. Sebagai manusia kita diwajibkan berusaha dan selebihnya terserah kepada Allah s.w.t.

Wednesday 4 March 2009

FESTIVAL - Spiritual, Psychic & Holistic


Pada 22 Feb. 2009 yang lepas kami sempat berkunjung ke satu Festival di Hove, Brighton. Festival ini dibuat di Hove Town Hall. Ia disertai oleh ramai pengamal Reiki, EFT, NLP, Shiatsu, meditasi, Acupunture, Aura Photo, Penjual Kristal dan pelbagai lagi pengamal spiritual dan holistic. Kami teruja melihat sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat terhadap festival seperti ini. Kami terfikir juga kalau-kalau di Malaysia ada festival seumpama ini kerana ia baik untuk mempromosikan kaedah perubatan alternatif dan komplimentari yang ada di Malaysia. Mungkin ia pernah diadakan, barangkali kami terlepas pandang. Tapi jika belum pernah, elok rasanya diadakan festival seperti ini. Festival seperti ini akan dapat menerangkan dengan lebih jelas tentang kebaikan kaedah perubatan alternatif dan komplimentari. Ia bukan untuk menyaingi kaedah perubatan moden yang ada tetapi ia sebagai komplimentari kepada kaedah perubatan moden.