Saturday 31 January 2009

Reiki - Satu Bentuk Terapi Tenaga

Allah s.w.t menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dengan membekalkan manusia dengan satu sistem badan yang begitu baik dan canggih sejak dari lahir lagi. Hingga sebuah super komputer yang paling hebat pun tidak dapat menandingi kehebatan tubuh manusia.

Namun dewasa ini kita selalu melihat bahawa sudah mulai muncul pelbagai jenis penyakit yang sangat susah untuk dicari penawarnya. Hingga perubatan moden sekalipun sudah tidak mampu untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Di zaman moden ini penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia tidak hanya berupa penyakit fisik sahaja tetapi juga penyakit yang melibatkan fikiran dan emosi seperti stress, susah tidur, cemas gelisah dan ketakutan yang berlebihan, emosi tidak stabil serta derita batin hingga rasa dendam yang begitu mendalam.

Ditambah pula dengan era globalisasi yang telah melanda seluruh dunia ketika ini yang menuntut para profesional dan eksekutif untuk terus mengerah otak dan bekerja keras demi kemajuan perniagaan hingga tiada masa untuk keluarga. Perkara ini telah menyebabkan pelbagai macam penyakit yang sebenarnya bukan berasal dari penyakit medis semata-mata. Walaubagaimanapun kalau ia tidak dirawat, ia akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit medis akan wujud.

Tubuh manusia sebenarnya begitu pintar, apabila timbul rasa sakit, pening dan sebagainya itu sebenarnya adalah tanda bahawa tubuh manusia sedang berlaku ketidakseimbangan tenaga atau chi. Dimana penyakit-penyakit tersebut telah mewujudkan blok atau hambatan hingga tenaga atau chi tadi tidak dapat mengalir dengan sempurna didalam tubuh manusia. Maka dengan itu wujudlah pelbagai penyakit.

Untuk itu kaedah terapi tenaga iaitu Reiki merupakan cara yang sangat tepat, berkesan & menyenangkan untuk menyelaraskan kembali energi tubuh. Terapi Reiki yang menggunakan tenaga alam semesta dapat memecahkan blok atau hambatan didalam tubuh. Serta seimbangkan semula energi atau chi tadi dan akhirnya kembali normal dan menyembuhkan penyakit yg ada.

Friday 30 January 2009

Jiwa Yang Tenang

Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, tidak diganggui, mantap, stabil, berasa lega, tidak risau dan gundah. Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya, bahkan keadaan dirinya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada kerja-kerja itu berbentuk tugasan harian ditempat kerja ataupun kerja-kerja dirumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum-minuman yang memabukkan, menghidu gam, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya, kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah, hal yang demikian menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Untuk mendapatkannya ia perlu diusaha, dilatih bersungguh-sungguh secara berterusan dan aktif setiap hari melalui proses bimbingan dan panduan ke atas diri individu seperti membina sikap positif, sebagai contoh " bertafakur ", seseorang memerlukan suasana yang tenang dan sunyi. Fikiran dikosongkan daripada peristiwa hidup. Sentiasa mengingati kuasa tuhan. Tubuh badan berasa santai dan rehat secara fizikal dan emosional. Insyallah jika diusahakan akan berjaya. Selain dari pegangan dan amalan agama boleh membantu individu mendapatkan ketenangan. Agama memberi kekuatan iman dan keteguhan jiwa dengan adanya kepercayaan kepada kuasa dan pertolongan tuhan.
Dalam Islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan kepada individu berkenaan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Nikmat yang dapat dirasai melalui perkara-perkara tersebut ialah ketenangan batin dan ketenteraman jiwa. Pengalaman rohaniah ini membina kekuatan iman. Zikir mengajar individu supaya bertaqwa kepada tuhan.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28
Maksudnya : " Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati "

Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah diwaktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya dimasa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik diwaktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab itu dalam Islam amat dipentingkan sekali menegakkan sembahyang lima kali sehari semalam kerana dalam sembahyang itulah kita mengingati Allah dan membersihkan jiwa. Nabi mengatakan bahawa sembahyang itu tempat ketenangan jiwanya dan kesenangan hatinya. Oleh yang demikian senanglah hati menghadapi segala kemungkinan dan kesulitan dalam masyarakat hidup di dunia ini.
Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud :
" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku ".
Petikan Khutbah Jumaat

Saturday 24 January 2009

Band Reiki

Istilah band digunakan untuk membezakan tahap atau tingkat energi reiki. Dikatakan bahawa terdapat bermacam-macam tingkat energi reiki ini. Bermula dari tingkat yang paling rendah dan yang paling tinggai. Ketika ini, terdapat begitu banyak sekali aliran Reiki yang telah dihasilkan oleh master-master reiki. Kepada sesiapa yang telah mempelajari beberapa aliran Reiki tertentu, mungkin akan mendengar istilah band dan saya pasti sudah ramai yang mengetahui akan maksud band ini.

Dikatakan bahawa istilah band ini mulanya digunapakai di Lightarian Reiki. Lightarian beranggapan bahawa di alam semesta ini terdapat 8 band energi Reiki. Band pertama ialah Usui Reiki, band yg ke2 ialah Karuna Reiki dan band yg ke3 sampai ke8 ialah Lightarian tingkat 1 hingga 6. Tetapi terdapat aliran reiki lain yang mendakwa bahawa ia lebih tinggi dari karuna reiki iaitu Imara Reiki (Imara bermaksud lebih). Ini bermakna Imara ini setaraf dengan Lightarian Reiki tingkat 1.

Istilah band ini juga digunapakai di Siddeartha Reiki dan dikatakan terdapat 12 band. Kemudian dikatakan hingga band 60, kemudian hingga 360 dan hingga tidak terbatas. Dulu Siddeartha Reiki dihasilkan sebagai alternatif karena Usui Reiki ketika itu sangat mahal. Siddheartha Reiki band 1 sama dengan energi Karuna Reiki, band 2 sampai band 7 sama dengan energi Lightarian Reiki tingkat 1 hingga 6. Perkara yang sama juga berlaku untuk Reiki lain yang mempunyai sistem band seperti Reiki Sufi, Christ dan lain-lainnya.

Bila dibuat susunannya, maka terjadi seperti ini:-
Usui Reiki 1,2,3 --------Sufi Reiki tingkat 1,2,3
Karuna Reiki-----------Sufi Reiki band1 ------Kundalini Reiki
Lightarian Reiki 1------Sufi Reiki band 2------Imara Reiki
Lightarian Reiki 2------Sufi Reiki band 3
Lightarian Reiki 3------Sufi Reiki band 4
Lightarian Reiki 4------Sufi Reiki band 5
Lightarian Reiki 5------Sufi Reiki band 6
Lightarian Reiki 6------Sufi Reiki band 7

Friday 16 January 2009

Mat Jenin Moden : Berangan & Berjaya

Kisah Mat Jenin memang popular di kalangan orang Melayu, ianya telah disampaikan sejak turun temurun oleh orang-orang dahulu. Mat Jenin ialah sebuah cerita yang mengisahkan seorang pemuda miskin yang suka berangan-angan. Oleh kerana malas dan suka berangan-angan, dia akhirnya mati kerana jatuh dari pokok kelapa. Orang dulu-dulu memang tidak suka kepada orang yang kuat berangan dan malas.
Namun didalam buku Mat Jenin Moden : Berangan & Berjaya, penulis buku tersebut iaitu Shahifol Arbi Ismail telah menerangkan 7 langkah bagaimana berangan-angan boleh membawa kepada kejayaan. Apa yang beliau tulis didalam buku ini adalah bagaimana Hukum Tarikan (Law of Atraction) dapat menjadikan impian seseorang satu realiti.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehkan klik gambar buku yang saya letak di ruang sebelah kanan blog ini dan dapatkan maklumat bagaimana untuk membeli buku ini. Buku Mat Jenin Moden adalah merupakan sebuah buku dan bukan e-book seperti kebanyakan buku yang dijual melalui internet. Selamat Berjaya

Saturday 10 January 2009

Gelombang Otak Manusia

Sains telah dapat membuktikan bahawa otak mempunyai 4 tahap gelombang. Setiap tahap itu mempunyai frekuensi yg berbeza yg menunjukkan tahap aktiviti otak pada sesuatu masa. Gelombang2 tersebut ialah :-

Beta merupakan gelombang yang laju dan mempunyai amplitud rendah di antara 14 hingga 40 kali sesaat (Hz). Gelombang Beta dihasilkan secara semulajadi semasa berada dalam keadaan jaga, fokus dan sedar.

Alpha adalah di antara 8 hingga 13 Hz dan berlaku semasa rehat (contohnya semasa memejamkan mata), ketenangan yang dalam dan meditasi. Gelombang Alpha menghasilkan perasaan yang nyaman, tidur yang baik, peningkatan pencapaian akademik, peningkatan produktiviti di tempat kerja, pengurangan kebimbangan dan peningkatan imunisasi. Dipercayai ramai kalangan genius seperti Einstein sentiasa berada dalam keadaan Alpha.

Theta ialah gelombang di antara 4 ke 8 Hz selalunya dipanggil keadaan mimpi atau "twilight". Theta dikaitkan dengan keadaan hypnogogic states, REM dan bermimpi. Perkembangan memori dapat ditingkatkan semasa berada dalam keadaan ini. Dalam gelombang Theta, memori bertambah baik (terutamanya memori jangka panjang), bebas daripada sebarang keterikatan, dan pertambahan kepada idea-idea kreatif.

Delta adalah gelombang semasa dalam keadaan tidur. Semasa tidur, secara semulajadi gelombang yang terhasil adalah Delta. Delta merupakan gelombang yang paling rendah iaitu di antara 1 hingga 4 Hz. Telah terdapat bukti yang menunjukkan seseorang itu masih mampu berada dalam keadaan jaga walaupun dalam gelombang Delta.