Monday 30 November 2009

Akhlak Bermula dari Qalbu

Beruntunglah orang-orang yang memiliki qalbu yang bersih lagi jernih, yang dengan itu hubungannya dengan Allah akan berjalan mulus dan ia dapat menyerap cahaya Allah sebaik-baiknya. Allah s.w.t adalah cahaya langit dan bumi (QS. 24:35) dan Rasulullah s.a.w. sering berdoa:
Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami…(QS. 66:8)
“Ya Allah, jadikanlah pada qalbuku selalu ada cahaya… “.

Ketika cahaya Allah telah terserap kedalam qalbu maka apa yang ada di dalam qalbu akan tumbuh memancar keluar dan berkembang menjadi akhlak yang disebut Akhlak ke-Allah-an.
“Berakhlaklah kalian dengan akhlak Allah…”

Sebaliknya, qalbu yang rosak dan mati akan gagal menyerap cahaya Allah sehingga bibit iman dan sifat-sifat Allah yang ada di dalam qalbu juga mati. Qalbu yang mati akan gagal menjalankan fungsinya:

* Mengendalikan hawa nafsu, dan
* Membentengi diri dari syaitan dan iblis.

Akibatnya syaitan dan iblis dengan berleluasa masuk ke dalam diri dan mengobar-ngobarkan hawa nafsu sehingga muncul dorongan-dorongan biologis kebinatangan. Kalau sudah begitu akhlak yang terbentuk pun merupakan akhlak kebinatangan atau akhlak kesyaitanan.

Dipetik dari www.Qalbu.net

Monday 16 November 2009

Kunci Khusyuk Dalam Sholat

Dalam satu riwayat menerangkan bahawa sebelum sholat subuh, Rasulullah s.a.w mempunyai kebiasaan melakukan istirehat dalam posisi tidur secara mengiring yang disebut qailulah. Kebiasaan ini beliau lakukan pula menjelang sholat zuhur. Relaksasi sebagaimana Rasulullah s.a.w lakukan merupakan hal penting bagi orang yang hendak melakukan sholat kerana sholat merupakan perjalanan rohani menuju Allah s.w.t sehingga diperlukan persiapan yang serius namun secara tenang.


Sholat berbeza dengan olahraga kerana sholat sepenuhnya bersifat terapi, baik fizikal mahupun rohani. Gerakan tubuh pada waktu sholat tidak dilakukan dengan hentakan atau gerakan keras seperti orang bersukan akan tetapi gerakan sholat dilakukan dengan rileks dan pengendoran tubuh secara alamiah seperti gerakan orang ketika bangun tidur. Orang yang melakukan tai chi pun melakukan gerakan yang telah di pola mengikuti alur tubuh secara alami. Tuma’ninah didalam sholat adalah jelas sekali merupakan aspek didalam meditasi. Ketika berdiri (benar-benar berdiri) bukan berdiri seperti orang melakukan latihan karate tetapi berdirilah dengan tenang dan kendor agar seluruh organ tubuh berada dalam posisinya secara alami. Seolah-olah ketika anda berdiri di tepi pantai melihat pemandangan yang indah, melihat debur ombak bergulungan menghampiri sampai menyentuh kaki anda. Ketika itu tubuh anda sangat rileks, seluruh organ tubuh menempati posisinya. Anda berdiri nyaman dan santai seperti berdirinya kanak-kanak kecil, tidak seperti berdirinya orang dewasa yang terlihat kaku dan terpola oleh fikirannya kerana menganggap jika berdiri seharusnya tegap seperti tentera. Postur tubuh orang dewasa inilah yang membuat orang mudah merasa stress kerana berdiri tidak secara alami. Ramai doktor berpendapat bahawa penyakit-penyakit moden yang wujud saat ini adalah kerana disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang dalam menghadapi stress.

Kebanyakan dari kita telah lupa tentang bagaimana caranya untuk rileks. Padahal kita mengetahuinya secara naluri ketika masih bayi namun perlahan-lahan melupakannya ketika kita menjadi dewasa. Sementara itu gaya hidup moden yang memerlukan semuanya pantas telah membuat kita keletihan dan stress. Oleh itu kita perlu belajar menjadi lebih terbuka dan menerima apa yang dibisikan hati nurani dan menerimanya secara ikhlas. Ikhlas ialah suatu sikap yang diajarkan dalam islam, yang bermakna rileks yang paling dalam seperti yang pernah kita lakukan ketika masih bayi.

Rasulullah s.a.w melakukan sholat dengan tuma’ninah (rileks) iaitu sikap tenang atau diam sejenak sehingga dapat menyempurnakan perbuatannya dimana posisi tulang dan organ tubuh lainnya dapat berada pada tempatnya dengan sempurna.

Kebanyakan orang mengira bahawa jumlah bacaan dalam setiap gerakan sholat dijadikan sebagai ukuran, padahal bacaan itu bukanlah sebuah aba dalam sholat. Setiap bacaan yang diulang-ulang adalah merupakan aspek meditasi, autoterapi, autosugesti, berdoa, mencari inspirasi, penyembuhan, menunggu intuisi atau petunjuk malah bertujuan untuk menemukan sebuah ketenangan yang dalam. Sehingga apabila kita melakukan sholat dengan tenang kita boleh melakukan dari 5 minit sehingga mencapai 30 minit. Apalagi sholat bukan sahaja dapat menjadi terapi minda tetapi juga sebagai terapi fizikal. Sholat tidak seharusnya dilakukan dengan terburu-buru kerana jika dilakukan dengan terburu-buru aspek meditatif dalam sholat tidak akan ditemukan. Sekiranya dilakukan dengan tuma’ninah, selepas sahaja sholat kita akan mendapat apa yang dikatakan sebagai sebaik-baik amal atau 'peak experience'.

Berbalik pada Rasulullah s.a.w, beliau melakukan iktidal dengan lama sekali sehingga para jemaahnya mengira bahawa beliau lupa. Padahal bacaan yang di baca pendek sekali dan boleh dilakukan dengan cepat. Rasulullah s.a.w melakukannya dengan berdiri cukup lama. Juga ketika duduk, beliau melakukannya lama sekali sehingga juga dikira lupa. Ketika duduk sebenarnya beliau sedang melakukan dialog untuk menyelesaikan persoalan yang dirasa rumit untuk diselesaikan. Pada ketika itulah beliau sedang menunggu jawaban atas kesulitan yang beliau alami. Mengapa kita tidak mengambil pelajaran dari cara beliau dengan menjadikan sholat sebagai alat untuk berkomunikasi dan memohon pertolongan kepada Allah s.w.t serta tempat untuk merehatkan minda, rohani dan fizikal. Apabila kita telah melakukan sholat dengan betul, dengan cara relaksasi yang dalam dan penyerahan yang total kepada Allah s.w.t, maka tidak mungkin orang yang sudah melakukan sholat akan berhati kasar atau pikirannya melonjak-lonjak kerana tidak tenang.

Menurut hasil kajian Alvan Goldstein, dimana beliau telah menemukan adanya zat endorphin dalam otak manusia iaitu zat yang memberikan kesan menenangkan yang disebut endogegonius. Drs. Subandi MA pula menjelaskan bahawa kelenjar endorfina dan enkafalina yang dihasilkan kelenjar pituitrin di otak ternyata mempunyai kesan yang sama dengan opiate (candu) yang memiliki fungsi menimbulkan kenikmatan (pleasure principle) sehingga disebut opiate endogen. Apabila seseorang dengan sengaja memasukkan morfin ke dalam tubuhnya maka akan terjadi penghentian produksi endorphin. Penagih narkotik yang berhenti dari mengambil morfin secara tiba-tiba akan mengalami ketagihan yang menyiksa dan gelisah kerana otak tidak lagi memproduksi zat endorphin. Untuk mengembalikan produksi endorphin di dalam otak, kita boleh melakukan meditasi, sholat yang betul atau melakukan zikir-zikir yang memang banyak memberikan ketenangan, mendengar muzik yang menenangkan atau menggunakan alat brain entrainment. Namun sebagai orang islam, seharusnya sholat menjadi pilihan kita untuk mencapai ketenangan.

Orang yang melakukan sholat dengan tenang dan rileks akan menghasilkan energi tambahan dalam tubuhnya sehingga tubuh merasa segar. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w begitu yakin bahawa sholat merupakan jalan yang ampuh untuk mengubah perilaku manusia menjadi baik dan berakhlak mulia. Sebagaimana Allah menegaskan dalam kitab al-Qur’an :

“Sesungguhnya sholat memiliki kekuatan mengubah perilaku manusia dari perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabuut 29:45)

Kita harus faham bahawa sholat jika dilakukan dengan betul mampu mengubah perilaku manusia menjadi baik dan bermoral. Rasulullah s.a.w telah memberikan teknik yang diperlukan fizikal dan rohani secara alamiah. Ketika tubuh kita letih dan stress, Rasulullah s.a.w telah memberikan terapi fizikal berupa hydrotherapy(terapi air), dengan menggunakan air wuduk. Lalu disunatkan pula menaburi wangian (terapi aroma) pada tubuh yang akan memberikan kesan relaksasi pada minda. Hal ini juga banyak dilakukan oleh para pelaku meditasi di timur sebelum mereka melakukan meditasi. Bahkan dewasa ini, banyak rumah-rumah spa telah menyediakan terapi aroma dengan esensi bunga-bunga ataupun rempah-rempah untuk memberikan ketenangan dan kesegaran bagi tubuh ataupun minda. Juga disediakan terapi air dengan cara mengusap bagian-bagian tubuh seperti kaki, tangan dan kepala yang akan memberikan rasa segar dan menurunkan suhu badan yang terjadi akibat terlalu penat dan stress.

Sebaiknya kita harus mengubah paradigma, kita yang seharusnya memerlukan Allah s.w.t bukan Allah s.w.t yang memerlukan kita, sehingga kita akan merasakan bahawa beribadah adalah sesuatu yang memang diperlukan oleh rohani dan fizikal kita. Sholat menjadi sesuatu yang mengasyikkan dan menyenangkan. Namun terkadang kita masih seperti anak kecil yang takut kepada orang tuanya. Ketika makan kita dicari-cari, diwajibkan makan siang. Pagi-pagi pun kita siap menyiapkan diri, mandi, sarapan lalu pergi ke sekolah. Seolah seluruh aktiviti dilakukan untuk memenuhi kewajiban berbakti kepada keinginan orang tua kita, sehingga ada rasa takut pada waktu makan, waktu ke sekolah dan waktu mandi di petang hari. Akibatnya, kita merasa bersalah kepada orang tua apabila kita tidak sempat makan siang. Padahal itu merupakan kesalahan yang akan memberi kesan kepada diri sendiri, yang dapat menyebabkan kita sakit.

Memang agak sulit untuk mengubah suatu kebiasaan yang sudah berakar umbi dan mendarah daging dari budaya kita. Namun kita harus mencuba mempraktikan latihan-latihan zikir dan sholat untuk menemukan rasa yang telah lama hilang. Dengan kesedaran baru yang kita bangkitkan, insya Allah dari sekarang dan seterusnya sholat akan menjadi tempat kita bercengkerama dengan Allah s.w.t kerana Dialah pusat ilmu pengetahuan, sumber kehidupan dan pusat perencanaan kehidupan dari seluruh makhluk.

“Jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (al-Baqarah : 45-46)

Berikut ini diberikan cara melakukan sholat menurut ayat diatas:

1. Heningkan fikiran anda agar rileks. Usahakan tubuh anda tidak tegang. Tak perlu menumpukan fikiran sampai mengerutkan kening kerana anda akan merasa pening dan penat. Jika terjadi seperti itu, kendorkan tubuh anda sampai terasa nyaman kembali.
2. Biarkan tubuh meluruh, agak dilemaskan, atau bersikap setenang mungkin.
3. Kemudian rasakan getaran kalbu yang bening dan sambungkan rasa itu kepada Allah. Biasanya kalau sudah tersambung, suasana sangat hening dan tenang, serta terasa getarannya menyelimuti rohani dan fizikal. Getaran rohani inilah yang menyambungkan kepada Zat, yang menyebabkan fikiran tidak liar kesana kemari.
4. Bangkitkan kesadaran diri, bahawa anda sedang berhadapan dengan Zat Yang Maha Kuasa, Yang Meliputi Segala sesuatu, Yang Maha Hidup, Yang Maha Suci dan Yang Maha Agung. Sedari bahawa anda akan memuja dan bersembah sujud kepada-Nya serendah-rendahnya, menyerahkan segala apa yang ada pada diri anda. Biarkan roh anda mengalir pergi, dengan suka rela menyerahkan diri : “Hidup dan matiku hanya untuk Allah semata”.
5. Berniatlah dengan sengaja dan sedar sehingga muncul getaran rasa yang sangat halus dan kuat menarik rohani meluncur kehadirat-Nya. Pada saat itulah ucapkan takbir “ALLAHU AKBAR”. Jagalah rasa tadi dengan meluruskan niat, rasakan kelurusan jiwa anda yang terus bergetar menuju Allah. Setelah itu, menyerahlah secara total, inna shalati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil ‘alamin(sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah semata).
6. Rasakan keadaan berserah yang masih menyelimuti getaran rohani anda dan mulailah perlahan-lahan membaca setiap ayat dengan tertib. Pastikan anda masih merasakan getaran pasrah ketika membaca ayat di hadapan-Nya. Kemudian lakukanlah rukuk. Biarkan badan anda membungkuk dan rasakan. Pastikan bahawa roh anda perlahan-lahan turut rukuk dengan perasaan hormat dan pujilah Allah Yang Maha Agung dengan membaca: “subhaana rabbiyal adhiimi wabihamdihi”. Jika antara rohani dengan fizikal anda telah seirama, maka getaran itu akan bertambah besar dan kuat, dan bertambah kuat pula kekhusyukan yang terjadi.
7. Setelah rukuk, anda berdiri kembali perlahan sambil mengucapkan pujian kepada Zat Yang Maha Mendengar: ”samiallahu liman hamidah” (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya). Rasakan keadaan ini sampai rohani anda mengatakan dengan sebenarnya. Jangan sampai sedikitpun tersisa dalam diri anda rasa untuk ingin dipuji, yang terjadi adalah keadaan nol, tidak ada beban apa-apa kecuali rasa hening.
8. Kemudian secara perlahan sambil tetap berzikir: ”Allahu Akibar”, bersujudlah serendah-rendahnya. Biarkan tubuh anda bersujud, rasakan sujud anda agak lama. Jangan mengucapkan pujian kepada Allah Yang Maha Suci, subhaana rabbiyal a’la wabihamdihi sebelum roh dan fizikal anda bersatu dalam satu sujud. Biasanya terasa sekali rohani ketika memuji Allah dan akan berpengaruh kepada fizikal, menjadi lebih tunduk, ringan dan harmonis.
9. Selanjutnya lakukanlah sholat seperti di atas dengan perlahan-lahan, tuma'ninah pada setiap gerakan. Jika anda melakukannya dengan betul, getaran rohani akan bergerak menuntun fizikal anda. Sempurnakan kesedaran sholat anda sampai salam.

Sehabis sholat, duduklah dengan tenang. Rasakan getaran yang masih membekas pada diri anda. Rohani anda masih merasakan getaran takbir, sujud, rukuk, dan penyerahan diri secara total. Kemudian pujilah Allah dengan memberikan pujian itu langsung tertuju kepada Allah, agar rohani kita mendapatkan energi Ilahi serta membersihkannya.

Allahu Akbar … Allahu Akbar … Allahu Akbar …
Alhamdulillah … Alhamdulillah … Alhamdulillah …
Subhanallah … Subhanallah … Subhanallah …
Asyhadu anlaa ilaha illallah Wa asyhadu anna muhammdarrasulullah
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
La haula wa la quwwata illa billahil a’liyyil adhiim

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan sholatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk, dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasakan tenang, maka dirikanlah sholat (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (an-Nisa’: 103)

Dipetik daripada sanggardewa.wordpress.com

Sunday 8 November 2009

E-book Sholat Khusyuk

Salam untuk semua, sebagai orang islam kita telah diajar untuk melakukan sholat wajib 5 waktu dalam sehari disamping melakukan sholat sunat. Kita telah diajar untuk melakukan sholat sejak dari umur baligh lagi. Walaupun demikian ramai diantara umat islam yang melakukan sholat tidak khusyuk kerana cara yg tidak betul ataupun kerana melakukan sholat sebagai satu kewajiban sahaja. Sholat telah diketahui mempunyai banyak kebaikan dan ada menganggap sholat sebagai meditasi tertinggi dalam islam. Telah ramai orang yang mengkaji dari sudut saintifik menemui kebaikan di dalam sholat.


Sesiapa yang berminat untuk mendalami tentang sholat, anda boleh mendapatkan e-book sholat kusyuk secara percuma di www.shalatcenter.com