Wednesday 4 February 2009

Air - Makhluk Allah Yang Hebat

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." ( Al Anbiya:30)


Seorang saintis di Jepun iaitu Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah mengkaji tentang aktiviti air. Beliau telah mengambil air dari mata air di Pulau Honshu kemudian didoakan menurut agama Shinto dan disejukkan hingga -5oC selepas itu beliau mengambil foto air tersebut dengan menggunakan mikroskop elektron. Apa yang beliau perolehi ialah molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Kemudian ujian lanjut dibuat dengan menyebut perkataan, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Hasilnya ia membentuk kristal yang sangat indah. Kemudian diuji pula dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato", ia juga membentuk kristal yang indah. Kemudian ditunjukkan pula perkataan "syaitan", apa yang terhasil ialah sebuah kristal yang buruk. Kemudian dimainkan pula musik Symphony Mozart, hasilnya terbentuk sebuah kristal seperi sekuntum bunga. Apabila musik heavymetal pula diperdengarkan, kristal menjadi hancur. Kemudian seramai 500 orang sukarelawan diambil, mereka disuruh menyebut perkataan "peace" di depan sebotol air. Apa yang terjadi ialah kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Kemudian dibacakan pula doa-doa Islam dan terbentuklah kristal bersegi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan....Subhanallah.

Akhirnya Dr. Masaru Emoto mengelilingi dunia untuk melakukan ujian terhadap air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin dan beliau kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan tentang penemuannya pada bulan Mac 2005. Ternyata air mampu "mendengar" kata-kata, mampu "membaca" tulisan dan mampu "memahami" pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan maka semakin dalam pesanan tercetak di air. Air boleh memindah pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Penemuan ini boleh menjelaskan, mengapa air putih yang dibacakan surah Al-Fatihah boleh menyembuhkan orang yang sakit. Dulu kita tidak tahu mengapa orang berbuat demikian atau mungkin kita menganggap bahawa ia sekadar ikhtiar sahaja tetapi ternyata molekul air itu boleh menangkap pesanan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya berpindah kepada molekul air lain yang ada di tubuh orang yang sakit. Sememangnya tubuh manusia 75% adalah air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Oleh itu kita harus sentiasa mendoakan kepada air putih yang disimpan didalam botol supaya anak-anak yang meminumnya sihat, cerdas, baik perilaku dan juga suami isteri sentiasa berbaik-baik. Air tadi akan bekerja dengan memberi pesanan kepada air di otak dan di dalam darah dan dengan izin Allah s.w.t pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari. Bila kita hendak mandi juga, kita boleh berdoa agar air yang kita mandi itu dapat membersihkan badan kita secara fizikal dan rohani.

Rasulullah saw. bersabda, "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat kepada yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah ... Patutlah air zamzam begitu berkhasiat kerana ia menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Islam adalah agama yang paling dekat dengan air. Kerana apabila hendak sholat kita diwajibkan wuduk dahulu, apabila nak bersuci orang islam menggunakan air tidak seperti umat lain dan apabila mati kita dimandikan.

No comments: