Tuesday 4 November 2008

Sejarah Reiki

Reiki telah diasaskan oleh Dr. Mikao Usui @ Usui Sensei pada tahun 1922. Sebetulnya Reiki telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lampau tetapi ketika itu ia tidak dikenali sebagai Reiki tetapi ia lebih dikenali sebagai tenaga Prana atau 'Universal Life Force Energy'. Selain itu Reiki juga mempunyai maksud yang sama dengan Chi atau Qi dan didalam islam ia lebih dikenali sebagai Baraqah atau Tenaga Ilahiah. Perkataan Reiki mula digunakan oleh pelajar-pelajar Dr. Mikao Usui setelah kematian beliau.
Sebelum menemui tenaga Reiki, Dr. Usui telah melakukan pertapaan selama 21 hari di sebuah tempat yang dianggap suci iaitu Gunung Kuramayama. Selepas 21 hari bertapa di gunung itu, Dr. Usui tidak menemui apa-apa jawapan sehingga beliau merasa kecewa. Lalu beliau bangun dari pertapaan dan melihat ke langit yang ketika itu masih dinihari. Tiba-tiba beliau melihat ada bebola cahaya datang menuju kearahnya dan melanggar dahinya, lalu beliau rebah dan pengsan. Sewaktu tidak sedarkan diri itu, beliau melihat ada banyak bebola cahaya yang indah dan terdapat simbol didalamnya. Beliau mula faham tentang maksud simbol tersebut serta tentang hakikat penyembuhan. Beliau sedar bahawa segala pencariannya selama ini telah menemui jawapannya.
Ketika beliau terjaga, hari telahpun siang, lalu beliau bergegas untuk pulang. Semasa dalam perjalanan pulang beliau telah terlanggar batu dan terjatuh, kakinya telah mengalami luka. Dengan gerak hati yang sepontan beliau meletakkan tangannya ditempat luka tersebut, tiba-tiba sahaja darah berhenti mengalir dan luka telah beransur pulih. Lalu beliau meneruskan perjalanan beliau dan ketika sampai di sebuah kampung, beliau terus pergi ke sebuah gerai makan. Tetapi beliau dinasihatkan untuk makan bubur sahaja untuk mengelakkan tubuh dari sakit kerana sudah lama berpuasa tetapi beliau tetap memesan nasi.
Makanan beliau telah disediakan oleh seorang wanita yang sedang menangis, beliau bertanya kepada wanita itu "kenapa menangis?", wanita itu menjawap bahawa dia sedang sakit gigi. Dr. Usui meminta izin untuk memberi pertolongan, beliau meletakkan tangannya dimuka wanita itu, tiba-tiba kesakitan yang dirasai terus hilang. Kemudian beliau terus makan makanan yang dipesan tanpa merasai apa-apa kesan sampingan. Dr. Usui merasa kagum dengan ketiga-tiga pengalaman itu dan menyifatkan bahawa ia adalah satu keajaiban tentang ilmu penyembuhan yang baru diperolehinya.
Dr. Usui telah menemui sahabatnya untuk mencerikan tentang penemuan itu dan sahabatnya telah menasihatkan beliau supaya memberi rawatan kepada pesakit secara menyeluruh bukan hanya tubuh fizikal sahaja. Dr. Usui telah pulang kekampung halamannya dan memberi rawatan kepada sesiapa yang memerlukannya. Setelah bertahun-tahun memberikan rawatan, barulah beliau mula mengajar melalui sebuah persatuan yang diasaskannya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1926 akibat terkena strok dan beliau telah melahirkan seramai 16 orang Reiki Master termasuk Dr. Chujiro Hayashi. Melalui Dr. Hayashi, Reiki telah berkembang diseluruh dunia.

No comments: