Friday 31 October 2008

Bebola Tisu

Pernahkah anda mendengar atau melihat bola-bola tisu? Saya pasti ada yang pernah melihatnya atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak pernah melihatnya. Saya sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini. Tetapi bila sebut bola-bola tisu, tentu akan terbayang di minda bahawa bola-bola tisu itu ialah sebiji bola yang diperbuat dari tisu.

Apakah kegunaan bola-bola tisu itu? Pasti ada yang fikir bahawa mungkin bola-bola tisu itu dibuat sebagai barang hiasan atau mainan. Ya.... mungkin betul bahawa bola-bola tisu itu satu barang hiasan atau mungkin juga ia dibuat untuk tujuan tertentu.

Seperti diketahui umum bahawa tisu dicipta sebagai satu alat yang digunakan untuk membersih kotoran, mengelap tangan atau apabila menangis kita akan menggunakan tisu untuk mengelap air mata. Tetapi pernahkah sesiapa terfikir bahawa tisu juga boleh menjadi alat untuk melegakan perasan dukacita, kesedihan dan masalah yang terpendam. Tentu ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini.

Baik.... saya akan jelaskan bagaimana tisu boleh melegakan kesedihan dan menghilangkan masalah...... Ketika berada dalam kesedihan yang teramat sangat atau sedang menanggung masalah yang terlalu berat..... pasti seseorang itu akan menangis dan apabila menangis.... air mata akan mengalir keluar.... apabila air mata mengalir keluar kita akan gunakan tisu untuk mengesat air mata..... tapi tahukah anda semua bahawa apabila kita mengesat air mata, segala masaalah atau kesedihan yang kita hadapi akan turut mengalir keluar dan melekat pada tisu tersebut.... sebab itu kita akan merasa lega atau merasa seolah-olah masalah atau kesedihan itu hilang.... selepas itu tisu yang dah digunakan itu jangan buang begitu sahaja sebaliknya jadikan ia sebiji bola.... selepas siap menjadi sebiji bola.... buang ia atau sepak ia jauh-jauh.... seolah-olah kita buang segala masalah atau kesedihan kita jauh-jauh.....

Kepada sesiapa yang mengalami kesedihan atau masalah yang terlalu berat.... apakata cuba kaedah ini.... Selamat Mencuba.



No comments: