Friday 31 October 2008

Warna-warna Autum



Petang tadi.... aku, isteri dan anak2 serta keluarga Ustaz Shahran mengambil kesempatan untuk bersiar2 disekitar kampus sambil menikmati keindahan warna-warna autum serta menghirup udara yang semakin sejuk...... sambil itu kami mengambil kesempatan itu dengan bergambar disekitar pokok2 yang menarik...... menariknya kerana diwaktu ini daun2 pokok mula kekuningan.....ada yang kemerah-merahan..... ada yang masih hijau.... terdapat juga pokok2 yang telah mula gugur daunnya dan hanya tinggal ranting2 sahaja.... diatas tanah kelihatan banyak daun2 kuning yang gugur.... dan ada yang telah kering.... suasana begitu cantik sekali.... kami terus mengambil gambar..... bermacam cara...... bermacam ragam..... sambil itu anak2 begitu seronok sekali bermain..... berlari kesana..... berlari kesini.... suasana seperti ini jarang dapat dinikmati kerana cuaca disini sentiasa berubah-ubah.... tak lama lagi musim akan bertukar lagi.... dan pasti suhu semakin sejuk.....

1 comment:

Professor Dr Norzaidi Mohd Daud said...

Assalamualaikum wbrt. Abe...lamo tak dengar berita. Geng PUO macamana? Che Me kat mana sekarang? Suddin aku terjumpa nama dia kat UMS labuan, jadi lecturer. Member kita yang lain Bob, Din etc kat mana. Really miss you all. Isteri kerja kat mana?