
Sunday, 16 November 2008
MEDITASI

Sunday, 9 November 2008
Law of Attraction (hukum tarikan)
Thursday, 6 November 2008
Apa itu Aura?
Aura ialah medan elektromagnet yang terbentuk diluar badan manusia. Ia seperti perisai halus yang menyelubungi diri manusia tetapi ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aura hanya dapat dilihat menggunakan kamera Kirlian. Tetapi ada juga orang yang boleh melihat aura setelah melalui perlatihan yang betul. Bagaimana aura ini terbentuk? Aura terbentuk kerana badan manusia mempunyai getaran gelombang didalamnya. Getaran gelombang ini datangnya daripada cahaya matahari yang masuk kedalam badan manusia melalui antena tubuh iaitu bulu roma dan kemudian ia diserap kedalam sistem chakra manusia. Gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza melalui perbezaan warna seperti warna pelangi.
Aura ini mempunyai tujuh lapisan dan warna yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh menunjukkan keadaan kesihatan, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang itu. Jadi setiap seseorang akan mempunyai warna aura yang berbeza dan ia boleh berubah2 mengikut keadaan seseorang itu. Aura ini umpama perisai yang melindungi seseorang itu daripada getaran tenaga negatif yang berada disekeliling yang mana gelombang tenaga negatif tadi boleh merosakkan sel-sel seseorang itu.
Aura tidak hanya terdapat pada manusia tetapi ia juga terdapat pada binatang, pokok, batu & kayu. Ini kerana binatang, pokok, batu & kayu juga mendapat sumber tenaganya daripada matahari.
nota: sumber rujukan dari buku Aura Penyembuhan Reiki
Tuesday, 4 November 2008
Sejarah Reiki
Reiki telah diasaskan oleh Dr. Mikao Usui @ Usui Sensei pada tahun 1922. Sebetulnya Reiki telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lampau tetapi ketika itu ia tidak dikenali sebagai Reiki tetapi ia lebih dikenali sebagai tenaga Prana atau 'Universal Life Force Energy'. Selain itu Reiki juga mempunyai maksud yang sama dengan Chi atau Qi dan didalam islam ia lebih dikenali sebagai Baraqah atau Tenaga Ilahiah. Perkataan Reiki mula digunakan oleh pelajar-pelajar Dr. Mikao Usui setelah kematian beliau.Sebelum menemui tenaga Reiki, Dr. Usui telah melakukan pertapaan selama 21 hari di sebuah tempat yang dianggap suci iaitu Gunung Kuramayama. Selepas 21 hari bertapa di gunung itu, Dr. Usui tidak menemui apa-apa jawapan sehingga beliau merasa kecewa. Lalu beliau bangun dari pertapaan dan melihat ke langit yang ketika itu masih dinihari. Tiba-tiba beliau melihat ada bebola cahaya datang menuju kearahnya dan melanggar dahinya, lalu beliau rebah dan pengsan. Sewaktu tidak sedarkan diri itu, beliau melihat ada banyak bebola cahaya yang indah dan terdapat simbol didalamnya. Beliau mula faham tentang maksud simbol tersebut serta tentang hakikat penyembuhan. Beliau sedar bahawa segala pencariannya selama ini telah menemui jawapannya.
Monday, 3 November 2008
Sedikit Tazkiroh
REIKI - Kaedah Penyembuhan Tenaga Alam
Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi atau tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
Reiki tidak sahaja menyembuhkan secara fizikal malah ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan dapat menyembuhkan dari segi emosi, minda dan 'spiritual'. Antara manfaat Reiki adalah membantu menyembuhkan penyakit fizikal, mengurangi stress, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menyembuhkan binatang yang sakit, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.
Saturday, 1 November 2008
Rahsia Tarikh Lahir
BUAT PEMBACA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN “LAPORAN ANALISIS TARIKH LAHIR” ANDA.. ANDA BOLEH MELAYARI BLOK : mastershifoo.wordpress.com.