


Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita selalu menonton cerita hantu cina yang suka melompat-lompat dan apabila dilekatkan kertas kuning yang ditulis mentera ia berhenti. Kita juga biasa menonton cerita vampire dalam versi orang putih. Tidak kurang juga cerita-cerita hantu melayu, indonesia dan siam. Sekarang ini terdapat pula hantu jepun dan korea. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak bertutur dalam bahasa yang sama tetapi mereka mempunyai persamaan iaitu mereka semua takut pada cahaya matahari. Kenapa mereka takut pada matahari?
Didalam badan manusia terdapat 7 warna aura yang mewakili 7 cakra. Cakra yang pertama terletak di ubun-ubun yang berwarna violet. Cakra kedua ialah 3rd eye yg terletak di antara 2 mata yg berwarna ungu. Cakra ketiga terletak di tenggorok yang berwarna biru. Cakra ke4 terletak didada yang berwarna hijau. Cakra ke5 iaitu solar plexus terletak di perut berwarna kuning. Cakra ke6 terletak 2 inci bawah pusat iaitu sacral yang berwarna jingga dan cakra ke7 terletak di tulang punggung yang berwarna merah. Setiap cakra ini mempunyai fungsi tersendiri yang mempunyai hubungkait dengan tahap kesihatan manusia samaada dari segi fizikal atau metafizik.Apabila berlaku ketidak seimbangan warna cakra tersebut maka akan terjadi penyakit. Pada asalnya gangguan warna tersebut akan menghasilkan penyakit metafizik tetapi lama kelamaan ia mewujudkan penyakit fizikal. Untuk menstabilkan semula gangguan tersebut, warna telah digunakan sebagai satu kaedah yang diwarisi dari zaman nenek moyang lagi. Orang zaman dahulu memang telah mempraktikan kaedah terapi ini yang dipanggil 'Colour Vibration Therapy'. Kini kaedah ini makin popular diseluruh dunia kerana ia telah dibuktikan secara saintifik.
Kita biasa mendengar atau melihat 'kaedah mandi bunga'. Mandi bunga dilakukan oleh orang-orang yang lambat mendapat jodoh kerana dikatakan tiada seri wajah. Jadi untuk menaikkan seri itu, dinasihatkan supaya seseorang itu mandi 7 jenis bunga yang berlainan warna dan seelok-eloknya mandi waktu bulan mengambang. Ada orang menganggap perkara ini sebagai karut dan boleh menyesatkan. Namun sebenarnya ia bertujuan untuk menstabilkan balik gangguan aura pada tubuh manusia. 7 jenis warna bunga digunakan kerana dalam badan manusia mempunyai 7 warna aura dan tujuan mandi diwaktu bulan mengambang ialah kerana untuk mengambil getaran energi dari cahaya bulan yang diperlukan oleh tubuh.
Kita juga biasa melihat orang-orang tua meletakkan nila dileher apabila terkena beguk. Kenapa nila digunakan? Sebenarnya bukan nila yang menjadi ubat tetapi warna biru pada nila itu yang menjadi ubat. Kenapa warna biru? ini kerana dileher kita ada 'troat chakra' yang warnanya adalah biru. Sakit beguk terjadi disebabkan warna biru dicakra itu tidak stabil, untuk menstabilkannya warna biru digunakan. Jadi kalau kena beguk kita tidak payah mencari nila, cukup dengan melilitkan kain berwarna biru sahaja.
Contoh lain yang biasa kita lihat ialah apabila orang berkahwin selalunya pengantin perempuan akan memakai inai ditangan. Tujuan memakai inai bukan hanya adat tetapi ia bertujuan untuk meransang sistem peranakan agar subur dan cepat mendapat anak. Warna inai yang seperti jingga akan meransang cakra sacral yang terletak disistem peranakan dimana warna cakra itu juga jingga. Dengan cara ini diharap pengantin bakal mendapat anak.
Satu lagi contoh ialah apabila orang lepas bersalin dan berada didalam pantang, selalunya mereka akan menyapu kunyit diperut atau minum air kunyit untuk menyembuhkan luka lepas bersalin atau untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang. Warna kuning kunyit itu sebenarnya akan meransang cakra solar plexus yang terletak dibahagian perut yang mana cakra solar plexus itu juga berwarna kuning. Tujuan supaya luka-luka yang ada dibahagian perut cepat sembuh dan mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Itu adalah diantara beberapa contoh yang biasa kita lihat dan dengar tentang penggunaan warna untuk kesihatan tubuh badan. Namun untuk mendapatkan warna-warna aura tersebut, kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti batu kristal, cahaya matahari, warna bunga, reiki dan kita juga boleh mendapatkannya melalui pemakanan dan minuman.


Aura ialah medan elektromagnet yang terbentuk diluar badan manusia. Ia seperti perisai halus yang menyelubungi diri manusia tetapi ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aura hanya dapat dilihat menggunakan kamera Kirlian. Tetapi ada juga orang yang boleh melihat aura setelah melalui perlatihan yang betul. Bagaimana aura ini terbentuk? Aura terbentuk kerana badan manusia mempunyai getaran gelombang didalamnya. Getaran gelombang ini datangnya daripada cahaya matahari yang masuk kedalam badan manusia melalui antena tubuh iaitu bulu roma dan kemudian ia diserap kedalam sistem chakra manusia. Gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza melalui perbezaan warna seperti warna pelangi.
Aura ini mempunyai tujuh lapisan dan warna yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh menunjukkan keadaan kesihatan, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang itu. Jadi setiap seseorang akan mempunyai warna aura yang berbeza dan ia boleh berubah2 mengikut keadaan seseorang itu. Aura ini umpama perisai yang melindungi seseorang itu daripada getaran tenaga negatif yang berada disekeliling yang mana gelombang tenaga negatif tadi boleh merosakkan sel-sel seseorang itu.
Aura tidak hanya terdapat pada manusia tetapi ia juga terdapat pada binatang, pokok, batu & kayu. Ini kerana binatang, pokok, batu & kayu juga mendapat sumber tenaganya daripada matahari.
nota: sumber rujukan dari buku Aura Penyembuhan Reiki
Reiki telah diasaskan oleh Dr. Mikao Usui @ Usui Sensei pada tahun 1922. Sebetulnya Reiki telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lampau tetapi ketika itu ia tidak dikenali sebagai Reiki tetapi ia lebih dikenali sebagai tenaga Prana atau 'Universal Life Force Energy'. Selain itu Reiki juga mempunyai maksud yang sama dengan Chi atau Qi dan didalam islam ia lebih dikenali sebagai Baraqah atau Tenaga Ilahiah. Perkataan Reiki mula digunakan oleh pelajar-pelajar Dr. Mikao Usui setelah kematian beliau.