Wednesday 24 December 2008

Tahun Lembu Tanah

Hanya tinggal beberapa hari lagi akan masuk tahun baru 2009 dan akan meninggalkan tahun 2008 dengan seribu kenangan...... Sepanjang tahun 2008, berbagai kenangan menarik telah terakam..... tak kurang juga kisah sedih..... Bagi yang dapat mencapai apa yg dihajati..... tentunya merasa begitu bahagia dan gembira...... Sebaliknya bagi yang tidak mencapai apa2..... seharusnya banyakkan bersabar...... barangkali rezeki belum ada.... mungkin tahun 2009 akan membawa lebih banyak kemakmuran... insyaallah..

Sekadar ingin berkongsi maklumat.... mengikut kalendar cina... tahun 2009 jatuh pada tahun ke 12 iaitu tahun lembu tanah.... apa yg menarik tentang tahun lembu tanah ialah tahun yang penuh dengan kestabilan dan pengembangan tetapi harus berjimat cermat... bermakna haruslah berhati2 dalam membuat perbelanjaan dan memilih peluang yg ada kerana dikhuatiri akan membawa kerugian.... Walaubagaimanapun... sebagai manusia yg diberi akal dan fikiran oleh Yang Maha Kuasa.... seharusnya kita banyakkan berusaha untuk mencapai segala impian yang dihajati.... peluang sudah disediakan.... hanya perlu sedikit usaha sahaja... sebelum mendapat hasil....


SELAMAT TAHUN BARU 2009
SEMOGA MEMBAWA KEMAKMURAN KEPADA SEMUA

Friday 19 December 2008

Kenapa Aku Belajar Reiki?

Barangkali ada yg bertanya.... kenapa aku belajar reiki?.... apa bagus sangat ke belajar reiki itu?..... ntahlah aku sendiri tidak tahu kenapa.... mungkin sudah ditakdirkan begitu.... padahal aku tidak pernah terfikir atau merancang untuk menjadi ' reiki healer' @ perawat.... semuanya berlaku begitu pantas.... tup-tup sekarang ini aku dahpun bergelar Reiki Master.... walaupun begitu aku belum lagi menjadi perawat.... aku sekadar cuba2 merawat diri sendiri dan keluarga sahaja.... kadang2 kepada kawan2 yg memerlukan.... aku perlu mengutip seberapa banyak pengalaman sebelum aku betul2 bersedia untuk terlibat secara serius dalam bidang ini.... reiki adalah sebuah perjalanan.... perjalanan dalam mencari pengalaman.... hanya pengalaman sahaja yg menjadikan seseorang Reiki Master itu betul2 bagus untuk melaksanakan amanah...

Yang menarik tentang reiki ialah ia satu teknik penyembuhan yg mudah.... dgn hanya meletakkan tangan pada tempat yg sakit atau pesakit dgn niat untuk menyembuhkan dan membiarkan tenaga alam mengalir..... kemudian pasrah..... biarlah Yang Maha Kuasa yg membuat penyembuhan.... tidak seperti tok bomoh atau pawang yg menggunakan jampi serapah utk melakukan pemyembuhan..... reiki juga boleh dilakukan secara jarak jauh.... hanya dgn membuat pembayangan atau niat sahaja sudah boleh melakukan penyembuhan.... reiki juga tidak menggunakan tenaga dari badan seorang perawat itu.... tidak seperti pengamal perubatan tradisonal lain yg kebanyakannya menggunakan tenaga sendiri untuk melakukan penyembuhan.... akibatnya mereka letih dan lesu setelah selesai melakukan penyembuhan.... reiki menggunakan tenaga alam.... pengamal hanya menjadi pengalir tenaga alam tersebut.... tenaga alam tidak akan habis....

Melalui reiki aku telah mengetahui pelbagai teknik yg digunakan oleh pengamal tradisonal serta bagaimana teknik itu dibuat..... kebiasaannya mereka akan guna gambar, anak patung, telur, benang mentah, pulut kuning dan sebagainya.... kenapa mereka guna semua barang2 itu.... aku tahu semua tujuannya.... reiki juga boleh menggunakan barang2 itu.... tetapi reiki tidak boleh menggunakannya untuk tujuan yg tidak elok seperti menganiayai orang.... reiki ialah tenaga yang alam yang baik.... sesetengah orang berpendapat ianya tenaga yg suci... oleh itu ia tidak boleh digunakan utk tujuan yg tidak baik... lagipun pengamal reiki berpegang kepada 5 prinsip yg menjadi teras kepada ilmu reiki itu sendiri....

Mungkin disebabkan faktor2 tersebutlah maka aku berminat menjadi pengamal reiki.... lagipun reiki kini semakin popular diseluruh dunia.... dgn reiki aku boleh menolong orang.... walaupun aku bukan doktor....

Monday 1 December 2008

Keistimewaan Reiki

1. Mengalir secara automatik
Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur.

Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari si pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (di-attune), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.

Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.

2. Mengalir sesuai dengan keperluan
Kekuatan aliran Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit sangat sakit ataupun secara emosi sangat terganggu, Reki akan mengalir dengan lebih kuat. Jadi, kekuatan aliran Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang semulajadi, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran energi yang terjadi tidak terikat niat dari pengamal. Energi reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri.

Beberapa orang pengamal Reiki mengamati bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika semasa berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain. Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa Reiki mengalir ketempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran reiki terhenti. Melalui percubaan-percubaan perubatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat.

3. Reiki sama kuat pada kedua belah tangan
Aliran dan kesan Reiki sama pada kedua belah tangan. Tidak perlu dikhuatirkan tangan mana yang "memberi" atau "menerima". Apabila kita mengubati seseorang selama satu jam dengan satu tangan, ia akan memperolehi setengah bila kita menggunakan kedua belah tangan kita. Kualitinya tidak berubah. Kita juga boleh mengubati seseorang dengan satu tangan dan orang lain dengan tangan yang satu lagi. Perlu mengetahui tentang aturan yang berkaitan dengan tangan. Misalnya: kedua tangan harus tetap terletak pada tubuh pesakit. Kedua : tangan tak boleh bersilangan; perletakan harus pada sisi tubuh tertentu. Dan seterusnya. Tidak ada yang salah dengan ilmu-ilmu seperti itu. Tetapi bila kita menggunakan Reiki secara sendiri, aturan-aturan tersebut menjadi tidak perlu. Bila kita menggabungkan Reiki dengan ilmu lain, mungkin kita perlu memperhatikan aturan-aturan dari ilmu tersebut. Hal ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan Reiki, ianya akan tetap mengalir dan bekerja.

4. Reiki tidak akan kehabisan
Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya.

Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurangan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya.

Ada kecenderungan untuk menggabungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas, shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh.

5. Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.
Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Dari pengamatan ini kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energi fizik tubuh kita.

6. Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.
Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya.

Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana ia merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis.

7. Kita boleh menyembuhkan diri sendiri dengan Reiki.
Banyak "penyembuh berbakat" yang boleh menolong orang lain, tetapi tidak boleh menolong diri sendiri kerana ilmunya tidak boleh bekerja secara efektif bila mereka mencuba menyembuhkan diri sendiri. Kerana Reiki bekerja terlepas dari tubuh pengamal, pengamal boleh meletakkan tangannya pada tubuh mereka sendiri dan menikmati seluruh aliran dan manfaat dari Reiki. Hal ini sangat penting bila ditinjau dengan kaca mata penyembuhan preventif. Salah satu kenikmatan dari kehidupan seorang pengamal adalah waktu dan kemampuan yang digunakan untuk mengubati diri sendiri.

8. Siapapun boleh diselaraskan energinya (di "attune") dengan Reiki.
Bila "attunement" dilakukan dengan benar, siapa pun boleh memperolehi pengaktifan Reiki melalui tangannya. Bahkan "attunement" boleh dilakukan pada mereka yang sedang dalam koma. Kanak-kanak dan haiwan. Asalkan seluruh "attunement" diterima, siapa pun akan memiliki Reiki seumur hidupnya.

9. Reiki bukan suatu kepercayaan, agama ataupun aliran.
Reiki dipraktikkan oleh banyak orang dari berbagai latar belakang. Orang Muslim, Kristian, Yahudi, ateis dan lain-lain boleh memperolehi manfaat daripada Reiki. Kerana ia tidak terikat pada satu agama atau pun kefahaman tertentu. Apabila kita telah memperolehinya kita akan memilikinya seumur hidup dan boleh digunakan mengikut keinginan kita. Kita tidak perlu terikat kepada satu kumpulan atau pun kelompok . Kita boleh memilih menganggotai sesuatu kumpulan apabila kita inginkan memperolehi maklumat dan berjumpa dan bertemu dengan pengamal Reiki yang lain.

Tidak ada guru dalam Reiki, walaupun ada orang yang menganggap dirinya sebagai guru. Para Reiki Master adalah manusia biasa yang telah dilatih untuk menyelaraskan energi orang lain. Mereka memiliki kelebihan, kelemahan dan krakter sebagai manusia biasa seperti yang lain. Biasanya Reiki Master menganggap dirinya sebagai "Master dalam mempelajari" .


10. Tidak ada kesan sampingan yang berbahaya daripada Reiki.
Dalam masa dua dekad ini, semenjak para Reiki Master secara aktif menyelaraskan energi kepada orang lain di Barat, belum ada laporan mengenai kesan sampingan yang negatif daripada Reiki. Ramai orang yang beranggapan ianya membawa kesan yang negatif . Ini kerana ianya tidak memiliki kefahaman terhadap proses penyembuhan dari sudut psikologi dan ia boleh disalah ertikan apa yang mereka alami. Apabila tubuh melalui proses penyembuhan, kadang kala dirasakan kesan yang tidak baik dalam jangka masa pendek.

Contohnya : seseorang yang mengeluh sendinya terkena penyakit arthritis mungkin akan merasai peningkatan rasa sakit selama beberapa kali ketika proses penyembuhan Reiki pertama kali dilakukan. Aliran Reiki akan meningkatkan aliran darahnya ke sendi yang tidak pernah dialiri darah dengan baik selama bertahun-tahun. Peningkatan aliran yang mendadak ini tentunya akan terasa sakit pada awalnya, tetapi akhirnya akan memberi kesan yang luar biasa!.
Mereka yang memiliki stress serta emosi yang tidak stabil akan merasakan seperti tidak tentu arah ketika proses aliran Reiki di saat awal proses penyembuhan mereka. Penyakit kanser juga sering mengalami peningkatan rasa sakit disekitar tumor pada awal penyembuhannya.

11. Reiki bersifat saling melengkapi terhadap ilmu lain.
Tidak ada kontra-indikasi dalam penggunaan Reiki dapat digunakan sendiri atau pun digabungkan dengan terapi jenis lain. Adakalanya masalah kesihatan yang kita alami begitu serius sehingga kita perlu memanfaatkan semua yang ada disekitar kita. Contohnya: Reiki sangat luar biasa bila menyembuhkan luka, bahkan yang besar sekali pun. Tetapi, apabila penyakit tersebut sangat kronik dan memerlukan pembedahan, maka kita tetap perlu menemui doktor bedah tersebut. Pada masa ini kita boleh memberikan Reiki pada tubuh kita sebanyak mungkin kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangi rasa sakit dan bekas luka.Penyakit serius seperti kanser tetap perlu diubati dan diuruskan oleh kumpulan perubatan dalam setiap segi Reiki tetap akan meningkatkan aliran menyeluruh dari tubuh dan kemampuan tubuh untuk sembuh kembali. Reiki juga akan mengurangi kesan sampingan dari penyembuhan perubatan seperti kemoterapi dan terapi radiasi, serta memaksimakan potensi penyembuhannya. Sementara sesi penyembuhan Reiki akan difokuskan pada punca penyebab penyakit tersebut.

12. Reiki menyembuhkan pada punca sebenar penyakit
Salah satu pengamatan Reiki mempunyai kesimpulan yang penting. Pesakit dan pengamal Reiki mendapati apabila tangan pengamal Reiki diletakkan pada posisi tertentu, contohnya di kepala pesakit, pesakit akan merasakan aliran Reiki pada bahagian tubuh yang berbeza. Bahagian yang dirasakan paling kuat inilah yang mempunyai ketidak seimbangan tersebut. Contohnya pesakit yang mempunyai ginjal yang sakit, akan merasakan aliran Reiki paling kuat disekitar ginjalnya, walaupun tangan pengamal Reiki berada dibahagian anggota tubuh yang lain.

Reiki adalah energi penyeimbang secara semulajadi iaitu aliran Reiki tersebut akan menuju ketempat yang paling tidak seimbang. Sudah tentu ianya masih mempunyai kesan sampingan kerana Reiki dialirkan melalui bahagian tubuh melalui tangan si pengamal Reiki tersebut dimana tangan tersebut diletakkan.Tubuh kita terdiri dari energi dengan tingkat getaran yang berbeza. Getaran terendah mewujudkan kerangka tubuh kita. Getaran yang lebih tinggi menjadi pelbagai otot, organ tubuh dan darah kita sehingga ke getaran yang tertinggi yang mewujudkan diri sebagai sistem energi kita (chi/Qi, prana, ki dan sebagainya). Banyak perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam suatu sistem energi. Gangguan emosi dan trauma, diet, gangguan metal, luka dan sebagainya adalah boleh menjadi penyebab sesuatu penyakit tersebut. Apabila sistem energi tidak seimbang, maka wujud perubahan secara fizik ataupun mental. Perubahan-perubahan ini kelak akan bermanisfestasi sebagai penyakit yang kita kenal.

Umumnya, setiap penyakit berpunca daripada perbagai faktor yang saling berkait. Bagaimana kita diubati akan bergantung kepada penyakit apa yang dialami. Seorang Doktor juga akan menentukan "penyebabnya" supaya boleh memfokuskan ketempat yang paling sesuai dengan punca penyakit tersebut.

Apa yang istimewa perubatan menggunakan Reiki adalah kerana Reiki tidak secara spesifik menyembuhkan penyakit yang dialami tetapi ia akan mencari punca penyakit tersebut yang lebih utama. Ini kerana Reiki merupakan energi penyeimbang, Reiki "menyembuhkan" seluruh sistem tubuh.

13. Tidak memerlukan kajian/pengetahuan punca penyakit
Seorang pengamal Reki boleh menjadi seorang perawat dalam waktu yang singkat. Sekurang-kurang seseorang yang ingin mempelajari cara mengubati dan mengenalpasti punca sesuatu penyakit dan mahir dalam bidang tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Reiki akan menuju ketempat yang paling efektif untuk pesakit tersebut. Kita tidak perlu mengetahui ke mana tenaga Reiki perlu diarahkan dan tidak perlu mengetahui juga apakah penyakitnya. Apabila seorang pesakit ingin mendapatkan kepastian tentang penyakitnya, dianjurkan supaya pesakit tersebut berjumpa dengan doktor perubatan. Seorang pengamal Reiki akan melakukan cara yang sama untuk mengubati semua jenis penyakit. Maka ianya tidak memerlukan untuk mengetahui dimana kita harus meletakkan tangan. Apabila Reiki dipraktikkan dengan cara yang teratur, Reiki akan meningkat intuisi mereka. Intuisi ini akan mempereratkan hubungan batin dengan pesakit ketika proses penyembuhan berlaku, ini bermakna pengamal Reiki tersebut akan lebih peka terhadap kedudukan serta jenis "penyakit" pesakit. Sememangnya sangat asyik untuk mendorong peningkatan intuisi melalui Reiki, tetapi Reiki tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk mengdiagnosis penyakit orang lain. Ini kerana ianya sangat subjektif dan penuh bahaya apabila wujud kesalahan ketika melakukan diagnosis tersebut.Apabila ketika proses perubatan, seorang pengamal Reiki dapat mengetahui tentang penyakit yang serius yang dialami oleh pesakit seeloknya menganjurkan kepada pesakit tersebut supaya melakukan "check-up" dengan doktor. Seorang pengamal yang menyatakan kepada pesakit tersebut terkena sesuatu jenis penyakit adalah dianggap sebagai tidak bertanggungjawab walaupun ianya betul! Ini bagi mengelakkan pesakit tersebut berasa terkejut dengan penyakit yang dialami olehnya.

14. Reiki mengurangi stress
Ketika seorang pesakit yang menerima aliran energi Reiki dan pesakit tersebut dihubungkan dengan peralatan "biofeedback", instrument menandakan bahawa gelombang otak mereka menunjukkan gelombang alpha. Hal ini menunjukkan ianya mengurangi tingkat stress dalam tubuh pesakit. Ramai orang yang mengatakan bahawa mereka merasakan tubuh sangat relaks dan lebih tenteram. Stress merupakan salah satu punca utama yang menyumbangkan terhadap perkembangan sesuatu penyakit. Ianya mempunyai kesan terhadap orang tersebut dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Saturday 22 November 2008

Kenapa Vampire Takut Kepada Matahari?

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita selalu menonton cerita hantu cina yang suka melompat-lompat dan apabila dilekatkan kertas kuning yang ditulis mentera ia berhenti. Kita juga biasa menonton cerita vampire dalam versi orang putih. Tidak kurang juga cerita-cerita hantu melayu, indonesia dan siam. Sekarang ini terdapat pula hantu jepun dan korea. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak bertutur dalam bahasa yang sama tetapi mereka mempunyai persamaan iaitu mereka semua takut pada cahaya matahari. Kenapa mereka takut pada matahari?

Hantu atau vampire sebenarnya tidak takut pada cahaya matahari. Apa yang mereka takut sebenarnya ialah gelombang ultra violet yang terdapat dalam cahaya matahari itu. Seperti yang kita maklum bahawa cahaya matahari mempunyai 7 warna yang dapat dilihat apabila berlaku pembiasan seperti ketika selepas hujan. Tapi ada dua warna lagi yang kita tidak dapat lihat iaitu ultra violet dan infra red. Ultra violet mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari violet dan infra red mempunyai frekuensi yang lebih rendah dari merah, kedua-dua warna ini tidak sesuai untuk badan manusia.

Menurut ahli sains barat yang mengkaji tentang tenaga, semua objek didunia ini adalah terdiri dari tenaga seperti manusia yang mempunyai medan tenaga iaitu aura. Hantu juga adalah tenaga dan mereka biasa menggelarnya tenaga negatif. Ahli-ahli sains barat telah mencipta satu alat yang dapat mengesan kehadiran hantu-hantu ini dan kita dapat lihatnya didalam filem 'Ghost Buster'. Sekarang ini terdapat kumpulan-kumpulan yang suka memburu hantu yang menggelarkan diri mereka sebagai entiti. Di Malaysia juga ada beberapa kumpulan seperti ini.

Sekarang ini penerbit filem barat tidak lagi menggunakan matahari untuk memusnahkan vampire didalam cerita-cerita keluaran mereka sebaliknya menggunakan peluru ultra violet seperti didalam filem 'Blade'. Oleh kerana hantu-hantu ini adalah tenaga jadi mereka hanya takut kepada tenaga yang mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari mereka kerana tenaga ini boleh memusnahkan mereka.

Didalam islam kita telah mengetahui bahawa syaitan, iblis dan jin takut dengan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ia adalah kalimah Allah s.w.t. Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran juga mempunyai frekuensi yang tinggi. Syaitan, iblis dan jin telah diciptakan daripada api dan api itu adalah haba dan haba itu adalah tenaga yang mempunyai frekuensi. Oleh kerana frekuensi ayat-ayat Al-Quran lebih tinggi dari frekuensi syaitan, iblis dan jin maka mereka semua takut pada ayat-ayat Al-Quran.

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan

Didalam badan manusia terdapat 7 warna aura yang mewakili 7 cakra. Cakra yang pertama terletak di ubun-ubun yang berwarna violet. Cakra kedua ialah 3rd eye yg terletak di antara 2 mata yg berwarna ungu. Cakra ketiga terletak di tenggorok yang berwarna biru. Cakra ke4 terletak didada yang berwarna hijau. Cakra ke5 iaitu solar plexus terletak di perut berwarna kuning. Cakra ke6 terletak 2 inci bawah pusat iaitu sacral yang berwarna jingga dan cakra ke7 terletak di tulang punggung yang berwarna merah. Setiap cakra ini mempunyai fungsi tersendiri yang mempunyai hubungkait dengan tahap kesihatan manusia samaada dari segi fizikal atau metafizik.

Apabila berlaku ketidak seimbangan warna cakra tersebut maka akan terjadi penyakit. Pada asalnya gangguan warna tersebut akan menghasilkan penyakit metafizik tetapi lama kelamaan ia mewujudkan penyakit fizikal. Untuk menstabilkan semula gangguan tersebut, warna telah digunakan sebagai satu kaedah yang diwarisi dari zaman nenek moyang lagi. Orang zaman dahulu memang telah mempraktikan kaedah terapi ini yang dipanggil 'Colour Vibration Therapy'. Kini kaedah ini makin popular diseluruh dunia kerana ia telah dibuktikan secara saintifik.

Kita biasa mendengar atau melihat 'kaedah mandi bunga'. Mandi bunga dilakukan oleh orang-orang yang lambat mendapat jodoh kerana dikatakan tiada seri wajah. Jadi untuk menaikkan seri itu, dinasihatkan supaya seseorang itu mandi 7 jenis bunga yang berlainan warna dan seelok-eloknya mandi waktu bulan mengambang. Ada orang menganggap perkara ini sebagai karut dan boleh menyesatkan. Namun sebenarnya ia bertujuan untuk menstabilkan balik gangguan aura pada tubuh manusia. 7 jenis warna bunga digunakan kerana dalam badan manusia mempunyai 7 warna aura dan tujuan mandi diwaktu bulan mengambang ialah kerana untuk mengambil getaran energi dari cahaya bulan yang diperlukan oleh tubuh.

Kita juga biasa melihat orang-orang tua meletakkan nila dileher apabila terkena beguk. Kenapa nila digunakan? Sebenarnya bukan nila yang menjadi ubat tetapi warna biru pada nila itu yang menjadi ubat. Kenapa warna biru? ini kerana dileher kita ada 'troat chakra' yang warnanya adalah biru. Sakit beguk terjadi disebabkan warna biru dicakra itu tidak stabil, untuk menstabilkannya warna biru digunakan. Jadi kalau kena beguk kita tidak payah mencari nila, cukup dengan melilitkan kain berwarna biru sahaja.

Contoh lain yang biasa kita lihat ialah apabila orang berkahwin selalunya pengantin perempuan akan memakai inai ditangan. Tujuan memakai inai bukan hanya adat tetapi ia bertujuan untuk meransang sistem peranakan agar subur dan cepat mendapat anak. Warna inai yang seperti jingga akan meransang cakra sacral yang terletak disistem peranakan dimana warna cakra itu juga jingga. Dengan cara ini diharap pengantin bakal mendapat anak.

Satu lagi contoh ialah apabila orang lepas bersalin dan berada didalam pantang, selalunya mereka akan menyapu kunyit diperut atau minum air kunyit untuk menyembuhkan luka lepas bersalin atau untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang. Warna kuning kunyit itu sebenarnya akan meransang cakra solar plexus yang terletak dibahagian perut yang mana cakra solar plexus itu juga berwarna kuning. Tujuan supaya luka-luka yang ada dibahagian perut cepat sembuh dan mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Itu adalah diantara beberapa contoh yang biasa kita lihat dan dengar tentang penggunaan warna untuk kesihatan tubuh badan. Namun untuk mendapatkan warna-warna aura tersebut, kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti batu kristal, cahaya matahari, warna bunga, reiki dan kita juga boleh mendapatkannya melalui pemakanan dan minuman.



Tuesday 18 November 2008

Sijil Master Reiki


Alhamdulillah..... semalam aku mendapat sijil sebagai Master Reiki..... setelah melalui 3 kali proses 'attunement'..... ini kali ketiga aku mendapat 'attunment' reiki.... pertama ketika belajar reiki dengan mastershifoo di Shah Alam...... kedua mendapat free 'attunement' dari internet tapi tak dapat sijil .... dan ini kali ketiga, juga dari internet.... masa tengah cari maklumat pasal reiki di internet.... aku terjumpa laman web Rosita Tanza..... dia ada offer 'attunement'.... jadi aku hantar email kat dia minta buat 'attunement' ..... oleh kerana aku dah belajar reiki jadi tak apalah kalau dapat 'attunement' sahaja..... aku nasihatkan pada sesiapa yang berminat nak belajar reiki.... elok kalau belajar dengan orang yang bertauliah dan mesti hadir ke kelas..... kalau setakat baca buku sahaja tidak menjadi..... selepas melalui proses 'attunement'... barulah reiki boleh dipraktikkan...... 'attunement' ni macam proses pengijazahan.... guru yg memberi 'attunement' akan membuka jalur2 & cakra2 didalam badan agar dapat menerima energi reiki..... lepas itu barulah kita dapat menggunakan energi ini untuk penyembuhan.....

Sunday 16 November 2008

MEDITASI


Meditasi merupakan suatu teknik yang dapat merehatkan minda, menjana tenaga dalaman, meningkatkan kuasa minda, menajamkan deria, meningkatkan tahap kesihatan dan yang paling utama mengimbangi tenaga dalam minda, tubuh dan kerohanian. Teknik meditasi yang sempurna akan mengurangkan stress atau tekanan emosi, mental dan tubuh fizikal. Ia juga dikatakan dapat menjadi penawar dalaman bagi apa juga permasalahan emosi, mental dan penyakit. Ia telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di dalam budaya timur. Dalam Islam, teknik meditasi bolehlah disamakan dengan bertafakur atau berzikir.

Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress di atasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna. - dipetik dari tulisan mastershifoo.

Sunday 9 November 2008

Law of Attraction (hukum tarikan)

Menurut law of attraction @ hukum tarikan.......setiap apa yang kita fikir akan menarik kepada kita... bermakna jika kita berfikiran positif..... gelombang otak akan mengeluarkan tenaga positif dan akan menarik semua perkara yang positif dan sebaliknya berlaku.... jika kita berfikiran negatif...... gelombang otak akan mengeluarkan tenaga negatif dan akan menarik semua yang negatif sahaja..... sebagai contoh apabila kita sedang marah atau dalam keadaan 'mood' yang tidak elok.... semua perkara yang kita buat, tidak akan menjadi atau kita merasa susah untuk melaksanakan..... jadi haruslah kita sentiasa berfikiran positif.... agar kita dapat melaksanakan sesuatu perkara itu dengan jayanya.

Thursday 6 November 2008

Apa itu Aura?

Sebut sahaja aura, pasti ramai akan teringat pada Aura Mawi. Tak dinafikan bahawa Aura Mawi memang hebat, hinggakan ramai orang tahu perkataan aura. Tapi tidak ramai yang tahu makna aura yang sebenarnya, mereka hanya tahu menggunakan perkataan itu sahaja.

Aura ialah medan elektromagnet yang terbentuk diluar badan manusia. Ia seperti perisai halus yang menyelubungi diri manusia tetapi ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aura hanya dapat dilihat menggunakan kamera Kirlian. Tetapi ada juga orang yang boleh melihat aura setelah melalui perlatihan yang betul. Bagaimana aura ini terbentuk? Aura terbentuk kerana badan manusia mempunyai getaran gelombang didalamnya. Getaran gelombang ini datangnya daripada cahaya matahari yang masuk kedalam badan manusia melalui antena tubuh iaitu bulu roma dan kemudian ia diserap kedalam sistem chakra manusia. Gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza melalui perbezaan warna seperti warna pelangi.

Aura ini mempunyai tujuh lapisan dan warna yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh menunjukkan keadaan kesihatan, personaliti, kekuatan dan kelemahan seseorang itu. Jadi setiap seseorang akan mempunyai warna aura yang berbeza dan ia boleh berubah2 mengikut keadaan seseorang itu. Aura ini umpama perisai yang melindungi seseorang itu daripada getaran tenaga negatif yang berada disekeliling yang mana gelombang tenaga negatif tadi boleh merosakkan sel-sel seseorang itu.

Aura tidak hanya terdapat pada manusia tetapi ia juga terdapat pada binatang, pokok, batu & kayu. Ini kerana binatang, pokok, batu & kayu juga mendapat sumber tenaganya daripada matahari.

nota: sumber rujukan dari buku Aura Penyembuhan Reiki

Tuesday 4 November 2008

Sejarah Reiki

Reiki telah diasaskan oleh Dr. Mikao Usui @ Usui Sensei pada tahun 1922. Sebetulnya Reiki telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lampau tetapi ketika itu ia tidak dikenali sebagai Reiki tetapi ia lebih dikenali sebagai tenaga Prana atau 'Universal Life Force Energy'. Selain itu Reiki juga mempunyai maksud yang sama dengan Chi atau Qi dan didalam islam ia lebih dikenali sebagai Baraqah atau Tenaga Ilahiah. Perkataan Reiki mula digunakan oleh pelajar-pelajar Dr. Mikao Usui setelah kematian beliau.
Sebelum menemui tenaga Reiki, Dr. Usui telah melakukan pertapaan selama 21 hari di sebuah tempat yang dianggap suci iaitu Gunung Kuramayama. Selepas 21 hari bertapa di gunung itu, Dr. Usui tidak menemui apa-apa jawapan sehingga beliau merasa kecewa. Lalu beliau bangun dari pertapaan dan melihat ke langit yang ketika itu masih dinihari. Tiba-tiba beliau melihat ada bebola cahaya datang menuju kearahnya dan melanggar dahinya, lalu beliau rebah dan pengsan. Sewaktu tidak sedarkan diri itu, beliau melihat ada banyak bebola cahaya yang indah dan terdapat simbol didalamnya. Beliau mula faham tentang maksud simbol tersebut serta tentang hakikat penyembuhan. Beliau sedar bahawa segala pencariannya selama ini telah menemui jawapannya.
Ketika beliau terjaga, hari telahpun siang, lalu beliau bergegas untuk pulang. Semasa dalam perjalanan pulang beliau telah terlanggar batu dan terjatuh, kakinya telah mengalami luka. Dengan gerak hati yang sepontan beliau meletakkan tangannya ditempat luka tersebut, tiba-tiba sahaja darah berhenti mengalir dan luka telah beransur pulih. Lalu beliau meneruskan perjalanan beliau dan ketika sampai di sebuah kampung, beliau terus pergi ke sebuah gerai makan. Tetapi beliau dinasihatkan untuk makan bubur sahaja untuk mengelakkan tubuh dari sakit kerana sudah lama berpuasa tetapi beliau tetap memesan nasi.
Makanan beliau telah disediakan oleh seorang wanita yang sedang menangis, beliau bertanya kepada wanita itu "kenapa menangis?", wanita itu menjawap bahawa dia sedang sakit gigi. Dr. Usui meminta izin untuk memberi pertolongan, beliau meletakkan tangannya dimuka wanita itu, tiba-tiba kesakitan yang dirasai terus hilang. Kemudian beliau terus makan makanan yang dipesan tanpa merasai apa-apa kesan sampingan. Dr. Usui merasa kagum dengan ketiga-tiga pengalaman itu dan menyifatkan bahawa ia adalah satu keajaiban tentang ilmu penyembuhan yang baru diperolehinya.
Dr. Usui telah menemui sahabatnya untuk mencerikan tentang penemuan itu dan sahabatnya telah menasihatkan beliau supaya memberi rawatan kepada pesakit secara menyeluruh bukan hanya tubuh fizikal sahaja. Dr. Usui telah pulang kekampung halamannya dan memberi rawatan kepada sesiapa yang memerlukannya. Setelah bertahun-tahun memberikan rawatan, barulah beliau mula mengajar melalui sebuah persatuan yang diasaskannya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1926 akibat terkena strok dan beliau telah melahirkan seramai 16 orang Reiki Master termasuk Dr. Chujiro Hayashi. Melalui Dr. Hayashi, Reiki telah berkembang diseluruh dunia.

Monday 3 November 2008

Sedikit Tazkiroh

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malang nya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. KataAllah: 'Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah, meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu'. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : 'Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia'. Lalu Allah berfirman lagi: 'Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya'.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mukhaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah ( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar kerana disitu tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar kerana disitu tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah kerana untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris kerana disitu tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon kerana disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina kerana disitu alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India kerana disitu tempat berdiri dan berjalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if kerana disitu tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, airhanyir, angin, dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam 'sifat'.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman 'Jabarut' kemudian diletakkan didalam 'Alam Malakut'.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan 'tubuh Adam' adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah dan dirasmi dengan air hujan 'Barul Uluhiyah'.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air 'Kudral-Izzah-Nya' iaitu sifat 'Jalan dan Jammal'. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika ia diperintah masuk kedalam tubuh Adam ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam tetapi warna kukunya adalah sama iaitu putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang dibawah badan. Tujuh buah liang di kepala ialah dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan satu liang mulut. Dua liang dibawah badan ialah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera iaitu mata sebagai alat penglihatan, hidung sebagai alat penciuman, telinga sebagai alat pendengaran, mulut sebagai alat perasa manis, masin dan sebagainya serta kulit dan telapak tangan sebagai alat merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu ia masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya, seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: 'Yarkhamukallah' yang ertinya: 'semoga engkau diberi rahmat Allah'. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan dan sunat mengucap 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya pula sunat mengucapkan 'Yarkhamukallah' . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : 'Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa'. (Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
RENUNGAN : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan. Wallahualam. ..

REIKI - Kaedah Penyembuhan Tenaga Alam


Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi atau tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

Reiki tidak sahaja menyembuhkan secara fizikal malah ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan dapat menyembuhkan dari segi emosi, minda dan 'spiritual'. Antara manfaat Reiki adalah membantu menyembuhkan penyakit fizikal, mengurangi stress, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menyembuhkan binatang yang sakit, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.

Saturday 1 November 2008

Rahsia Tarikh Lahir

Artikel ini dipetik dari blog mastershifoo.wordpress.com
Salamunamaste…

Setiap kita memiliki Rahsia unik disebalik tarikh kelahiran kita. Takdir kelahiran kita ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke sistem alam yang sedia pada kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri. Banyak kaedah untuk membongkar rahsianya. Ada yang berlatar-belakangkan ilmu falaq, i-ching, astronomi, astrologi dan sebagainya.

Membongkar RAHSIA ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Bukan menilik nasib, namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.

BUAT PEMBACA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN “LAPORAN ANALISIS TARIKH LAHIR” ANDA.. ANDA BOLEH MELAYARI BLOK : mastershifoo.wordpress.com.

Friday 31 October 2008

Warna-warna Autum



Petang tadi.... aku, isteri dan anak2 serta keluarga Ustaz Shahran mengambil kesempatan untuk bersiar2 disekitar kampus sambil menikmati keindahan warna-warna autum serta menghirup udara yang semakin sejuk...... sambil itu kami mengambil kesempatan itu dengan bergambar disekitar pokok2 yang menarik...... menariknya kerana diwaktu ini daun2 pokok mula kekuningan.....ada yang kemerah-merahan..... ada yang masih hijau.... terdapat juga pokok2 yang telah mula gugur daunnya dan hanya tinggal ranting2 sahaja.... diatas tanah kelihatan banyak daun2 kuning yang gugur.... dan ada yang telah kering.... suasana begitu cantik sekali.... kami terus mengambil gambar..... bermacam cara...... bermacam ragam..... sambil itu anak2 begitu seronok sekali bermain..... berlari kesana..... berlari kesini.... suasana seperti ini jarang dapat dinikmati kerana cuaca disini sentiasa berubah-ubah.... tak lama lagi musim akan bertukar lagi.... dan pasti suhu semakin sejuk.....

Bebola Tisu

Pernahkah anda mendengar atau melihat bola-bola tisu? Saya pasti ada yang pernah melihatnya atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak pernah melihatnya. Saya sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini. Tetapi bila sebut bola-bola tisu, tentu akan terbayang di minda bahawa bola-bola tisu itu ialah sebiji bola yang diperbuat dari tisu.

Apakah kegunaan bola-bola tisu itu? Pasti ada yang fikir bahawa mungkin bola-bola tisu itu dibuat sebagai barang hiasan atau mainan. Ya.... mungkin betul bahawa bola-bola tisu itu satu barang hiasan atau mungkin juga ia dibuat untuk tujuan tertentu.

Seperti diketahui umum bahawa tisu dicipta sebagai satu alat yang digunakan untuk membersih kotoran, mengelap tangan atau apabila menangis kita akan menggunakan tisu untuk mengelap air mata. Tetapi pernahkah sesiapa terfikir bahawa tisu juga boleh menjadi alat untuk melegakan perasan dukacita, kesedihan dan masalah yang terpendam. Tentu ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini.

Baik.... saya akan jelaskan bagaimana tisu boleh melegakan kesedihan dan menghilangkan masalah...... Ketika berada dalam kesedihan yang teramat sangat atau sedang menanggung masalah yang terlalu berat..... pasti seseorang itu akan menangis dan apabila menangis.... air mata akan mengalir keluar.... apabila air mata mengalir keluar kita akan gunakan tisu untuk mengesat air mata..... tapi tahukah anda semua bahawa apabila kita mengesat air mata, segala masaalah atau kesedihan yang kita hadapi akan turut mengalir keluar dan melekat pada tisu tersebut.... sebab itu kita akan merasa lega atau merasa seolah-olah masalah atau kesedihan itu hilang.... selepas itu tisu yang dah digunakan itu jangan buang begitu sahaja sebaliknya jadikan ia sebiji bola.... selepas siap menjadi sebiji bola.... buang ia atau sepak ia jauh-jauh.... seolah-olah kita buang segala masalah atau kesedihan kita jauh-jauh.....

Kepada sesiapa yang mengalami kesedihan atau masalah yang terlalu berat.... apakata cuba kaedah ini.... Selamat Mencuba.



Wednesday 29 October 2008

Salam Perkenalan


Salam kemakmuran ku ucapkan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan dan juga kepada sesiapa yang mengenaliku. Salam perkenalan juga ku ucapkan kepada sesiapa yang melawat blog ini dan membaca apa yang ada didalamnya. Semoga kehadiran blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Akhirnya........


Akhirnya menjadi juga aku nak buat blog sendiri...... walaupun hasrat ini terbenih setahun yang lepas..... namun aku tidak punya kekuatan.... tidak punya semangat untuk membinanya.... bukanlah susah sangatpun nak membina blog sendiri.... dek kerana macam-macam hal yang membelenggu... langsung hasrat itu terkubur begitu sahaja.... tapi sejak akhir-akhir ini.... apabila ku lihat ramai rakan2 yang mula membina blog sendiri.... tiba-tiba aku jadi bersemangat kembali..... kadang-kadang apabila nak buat sesuatu... aku ni macam tidak bersungguh.... macam hangat-hangat taik ayam.... mula-mula berkobar-kobar.... bila dah hilang panas... mulalah niat tu perlahan-lahan hilang.... tapi kali ini... aku nak buat betul-betul... aku mempunyai tujuan sendiri kenapa nak buat blog ni.... bukan sekadar nak belajar menulis... bukan sekadar nak berkongsi cerita... tapi aku ada tujuan......